AOB Mencela Juruaudit kerana Pelanggaran Piawaian Pengauditan

SIARAN MEDIA

Kuala Lumpur, 23 Ogos 2023

Lembaga Pemantauan Audit (AOB) Suruhanjaya Sekuriti Malaysia (SC) telah mencela Yean Wai Nye, rakan kongsi
T. H. Kuan & Co.

Sebagai Rakan Kongsi Tugasan yang bertanggungjawab ke atas audit entiti berkepentingan awam (PIE), Yean telah gagal mematuhi Piawaian Pengauditan Antarabangsa (ISA) yang berkaitan, khususnya mengenai penilaian muhibah.

Yean gagal mencabar andaian utama yang digunakan untuk unjuran kewangan dan menilai kesesuaian kerja pakar sebagai bukti audit dalam mengaudit penilaian rosot nilai muhibah oleh pengurusan.

AOB menekankan bahawa penilaian rosot nilai muhibah adalah penting memandangkan ketidaktentuan ekonomi dan persekitaran perniagaan yang berkembang. Oleh itu, ia memerlukan tindakan dan pertimbangan sewajarnya.

Pematuhan piawaian pengauditan semasa mengaudit penyata kewangan PIE adalah syarat pendaftaran untuk pendaftar AOB. Oleh itu, AOB tidak teragak-agak untuk mengambil tindakan terhadap juruaudit atas ketidakpatuhan piawaian pengauditan dan syarat pendaftaran.

LEMBAGA PEMANTAUAN AUDIT

SURUHANJAYA SEKURITI MALAYSIA

Badan-badan Bersekutu SC
Pautan Berkaitan
MENGENAI SC
Suruhanjaya Sekuriti Malaysia (SC) ditubuhkan pada 1 Mac 1993 di bawah Akta Suruhanjaya Sekuriti 1993. SC merupakan badan berkanun swabiaya dengan tanggungjawab untuk mengawal selia dan membangunkan pasaran modal Malaysia.

Talian Umum: +603-6204 8000
E-mel Umum: [email protected]
© Hakcipta Suruhanjaya Sekuriti Malaysia.  Hubungi Kami   |    Penolak Tuntutan   |   Paparan laman yang lebih baik menggunakan Microsoft Edge dan Google Chrome dengan resolusi minimum 1280x1024
Ooops!
Generic Popup