SC ingin mengingatkan bahawa:
- FAML tidak dilesenkan oleh SC untuk menjalankan perkhidmatan dan aktiviti pengurusan aset di Malaysia.
- “The Best of Fixed Income Fund” yang dipromosikan oleh syarikat tersebut tidak mendapat kelulusan SC.
Semua syarikat pengurusan aset yang mengumpul dana daripada orang ramai di Malaysia mesti mendapatkan lesen yang sah daripada SC. Orang ramai hendaklah hanya melabur melalui pihak yang telah diberikan lesen oleh pihak berkuasa. Orang ramai hendaklah menyemak dengan SC atau pihak berkuasa berkaitan mengenai status pelesenan syarikat tempatan dan luar negara yang mereka gunakan sebagai perantara untuk melabur. Senarai perantara berlesen termasuk syarikat pengurusan aset boleh didapati di tapak web SC di sini.
Semua dana pelaburan yang ditawarkan di Malaysia mestilah diluluskan oleh SC. Namun begitu, kelulusan SC ke atas sesuatu dana pelaburan tidak bermakna pihak SC menyarankan dana pelaburan tersebut.
Sesiapa yang telah dihubungi oleh syarikat di atas boleh menghubungi Unit Pengaduan SC di talian: 03-62048999 / faks: 03-6204 8991 / e-mel:
[email protected]