Hakim Mahkamah Sesyen, Datuk Ahmad Kamal Arifin Ismail memerintahkan hukuman penjara bagi empat pertuduhan tersebut berjalan secara serentak. Afkariah juga akan menjalani hukuman penjara selama empat bulan lagi sekiranya gagal membayar denda berjumlah RM4 juta.
Afkariah, 49, yang dikenakan pertuduhan oleh Suruhanjaya Sekuriti Malaysia (SC) pada 13 Februari 2020 mengaku bersalah menipu empat individu dengan jumlah sebanyak RM50,000. Mangsa diperdaya untuk melabur dalam skim pelaburan yang kononnya dijamin oleh RHB Investment Bank Bhd (RHBIBB) dan menjanjikan pembayaran dividen bulanan sebanyak 2% hingga 3%. Skim pelaburan itu tidak pernah wujud dan wang yang dibayar oleh pelabur tersebut sebenarnya dimasukkan ke dalam akaun dagangan saham Afkariah di RHBIBB dan digunakan untuk transaksi saham peribadinya.
Orang ramai diingatkan agar berwaspada terhadap skim pelaburan yang menjanjikan pulangan tinggi yang luar biasa. Sekiranya skim tersebut mendakwa bahawa ia adalah berkaitan dengan pengantara berlesen, pelabur disarankan agar mengesahkan kesahihan skim tersebut dengan pengantara berlesen berkenaan atau dengan SC.