Kuala Lumpur, 13 September 2004
Berikutan pengumuman oleh Yang Amat Berhormat Perdana Menteri mengenai langkah untuk mengukuhkan lagi pasaran modal, Suruhanjaya Sekuriti (SC) ingin mengemukakan butiran tambahan mengenai langkah-langkah tersebut seperti yang berikut:
1. SC akan mengeluarkan tidak lebih daripada lima lesen baru kepada syarikat broker saham asing
SC akan mengeluarkan tidak lebih daripada lima lesen baru bagi membolehkan syarikat broker saham asing yang utama menubuhkan operasi di Malaysia. Syarikat broker saham asing ini boleh memiliki 100% ekuiti. Mereka dibenarkan untuk menjalankan rangkaian aktiviti yang sama seperti bukan Broker Universal (bukan UB) dan beroperasi dari satu lokasi. Lima syarikat broker saham tersebut boleh membeli 100% ekuiti dalam bukan UB sedia ada yang telah mematuhi polisi penggabungan, jika mereka memilih untuk berbuat demikian.2. SC akan mengeluarkan tidak lebih daripada lima lesen baru kepada pengurus dana asingSC akan mengeluarkan tidak lebih daripada lima lesen baru bagi membolehkan pengurus dana global terkemuka menubuhkan operasi di Malaysia. Pengurus dana asing ini dibenarkan untuk memiliki 100% ekuiti dan dibenarkan untuk menyertai segmen institusi dalam industri pengurusan dana Malaysia.3. 100 peratus pemilikan asing dalam industri pembrokeran niaga hadapanPeserta pasaran asing dibenarkan untuk memiliki 100% ekuiti dalam broker niaga hadapan, pengurus dana niaga hadapan dan penasihat dagangan niaga hadapan melalui pengeluaran lesen baru atau pembelian ekuiti dalam operasi sedia ada.4. 100 peratus pemilikan asing dalam industri modal terokaPeserta pasaran asing dibenarkan untuk memiliki 100% ekuiti dalam syarikat modal teroka dan syarikat pengurusan modal teroka.5. Empat cawangan tambahan dibenarkan bagi syarikat broker saham tempatan yang telah bergabung dengan sekurang-kurangnya satu syarikat broker saham yang lainSyarikat broker saham yang telah mematuhi syarat minimum penggabungan 1+1 dibenarkan untuk menubuhkan empat cawangan tambahan, kemudahan akses elektronik (EAF) atau kemudahan akses elektronik dengan aktiviti yang dibenarkan (EAFPA).6. Tiada halangan ke atas bilangan wakil peniaga asingHalangan ke atas pelantikan peniaga asing oleh syarikat broker saham tempatan telah dimansuhkan.
SURUHANJAYA SEKURITI MALAYSIA