Garis Panduan Aset Digital Berkuat Kuasa Hari Ini
- Permohonan dibuka bagi Pengendali Platform IEO dan Penjaga Aset Digital –
28 Oktober 2020   |   Kuala Lumpur

Suruhanjaya Sekuriti Malaysia (SC) telah menyemak semula Garis Panduan Aset Digital, yang mula berkuat kuasa hari ini untuk mengawal selia Tawaran Awal Bursa (IEO) dan Penjaga Aset Digital (DAC).

Garis Panduan ini memenuhi objektif SC untuk menggalakkan inovasi yang bertanggungjawab dalam ruang aset digital, di samping menguruskan risiko memuncul dan melindungi kepentingan penerbit dan pelabur.

Pada awal Januari 2020, SC telah mengumumkan rangka kerja untuk membolehkan syarikat mengumpul dana melalui penerbitan token digital di Malaysia melalui platform IEO yang berdaftar dengan SC. Menurut Garis Panduan tersebut, pengendali platform IEO dikehendaki menilai dan melakukan ketelitian wajar terhadap penerbit, menyemak cadangan dan penzahiran dalam kertas putih, dan menilai keupayaan penerbit untuk mematuhi keperluan Garis Panduan tersebut dan Garis Panduan Pencegahan Pengubahan Wang Haram dan Pembiayaan Keganasan SC.

Garis Panduan ini juga mengandungi undang-undang dan peraturan mengenai DAC bagi memudahcarakan pihak yang berminat yang ingin menyediakan perkhidmatan penjagaan aset digital. Penjaga aset digital memainkan peranan penting dalam ekosistem aset digital bagi pasaran modal Malaysia dalam melindungi aset digital pelabur. Permohonan dan pertanyaan yang berkaitan dengan DAC boleh ditujukan kepada [email protected].

SC ingin mengingatkan orang ramai bahawa mereka tidak dibenarkan menawarkan, menerbitkan atau mengagihkan mana-mana aset digital di Malaysia tanpa memperoleh pendaftaran atau kebenaran daripada SC. Mana-aman individu yang didapati mengendalikan bursa digital atau menawarkan atau mengagihkan mana-mana aset digital tanpa kebenaran SC melakukan kesalahan dan jika disabitkan, akan didenda tidak melebihi RM10,000 atau dipenjara bagi tempoh tidak melebihi 10 tahun atau kedua-duanya sekali.

Dengan pengumuman Garis Panduan yang disemak semula itu pada hari ini, pihak yang berminat yang ingin berdaftar sebagai pengendali platform IEO atau DAC boleh mula mengemukakan permohonan kepada SC. Tarikh akhir permohonan untuk didaftarkan sebagai pengendali platform IEO adalah pada 15 Februari 2021. Permohonan dan pertanyaan berkaitan pengendali platform IEO boleh diajukan kepada [email protected].

Sila layari laman sesawang SC untuk versi penuh Garis Panduan tersebut dan maklumat lanjut mengenai permohonan sebagai pengendali platform IEO atau DAC.
SURUHANJAYA SEKURITI MALAYSIA
SC-World Bank-IOSCO Asia Pacific Hub Conference 2019: Enhancing Financial Inclusion through Islamic Finance and FinTech
(From left to right):
  1. Abayomi A. Alawode, Head of Islamic Finance, Finance, Competitiveness and Innovation, The World Bank Group
  2. Datuk Syed Zaid Albar, Chairman of the Securities Commission Malaysia (SC)
  3. Dr. Firas Raad, Country Manager for Malaysia, East Asia and Pacific, The World Bank Group 
  4. Datuk Zainal Izlan Zainal Abidin, Deputy Chief Executive of SC
Badan-badan Bersekutu SC
Pautan Berkaitan
MENGENAI SC
Suruhanjaya Sekuriti Malaysia (SC) ditubuhkan pada 1 Mac 1993 di bawah Akta Suruhanjaya Sekuriti 1993. SC merupakan badan berkanun swabiaya dengan tanggungjawab untuk mengawal selia dan membangunkan pasaran modal Malaysia.

Talian Umum: +603-6204 8000
E-mel Umum: [email protected]
© Hakcipta Suruhanjaya Sekuriti Malaysia.  Hubungi Kami   |    Penolak Tuntutan   |   Paparan laman yang lebih baik menggunakan Microsoft Edge dan Google Chrome dengan resolusi minimum 1280x1024
Ooops!
Generic Popup