Penerbitan Garis panduan tersebut mempertingkat lagi kerangka kerja pengawalseliaan Malaysia yang komprehensif dan disegani bagi ICM. Guidelines and Best Practices on Islamic Venture Capital (Garis panduan) itu menetapkan keperluan minimum bagi pewujudan syarikat modal teroka Islam (VCC) dan syarikat pengurusan modal teroka Islam (VCMC). Garis panduan itu juga memasukkan satu set Amalan Terbaik dalam usaha untuk menggalakkan standard Islam yang bersesuaian dalam industri.
Bawah Garis panduan baru ini, penasihat Syariah mestilah dilantik untuk mewujudkan VCC atau VCMC Islam. Selain itu, aktiviti entiti modal teroka Islam mestilah patuh Syariah.
Selaras dengan usaha SC untuk menggalakkan standard yang tinggi dalam industri modal teroka Islam, Amalan Terbaik bagi VCC atau VCMC Islam adalah bersifat sukarela dan menggambarkan tahap jangkaan daripada SC. Amalan Terbaik meliputi tanggungjawab penasihat Syariah, pelantikan dan peranan pegawai pematuhan, dan hal-hal pentadbiran lain yang berkaitan dengan pengurusan portfolio dan penyelenggaraan akaun. Pemakaian Amalan Terbaik ini akan meningkatkan standard industri modal teroka Islam, dan menaikkan profesionalisme dalam industri.
Penerbitan Garis panduan tersebut, yang diumumkan pada Persidangan Modal Teroka Islam dan Ekuiti Swasta 2008 yang diadakan di Kuala Lumpur hari ini, menetapkan ukur rujuk bagi industri modal teroka Islam dan bertujuan untuk menggalakkan pertumbuhan industri.
Garis panduan dan Amalan Terbaik, yang berkuat kuasa pada 7 Mei 2008, boleh didapati di sini.