Garis panduan mengenai pemegang amanah bagi pemegang debentur

Kuala Lumpur, 17 September 2001

Suruhanjaya Sekuriti (SC) ingin mengumumkan penerbitan garis panduan mengenai orang yang akan dilantik atau bertindak sebagai pemegang amanah bagi pemegang debentur dalam keadaan percanggahan kepentingan, sebagaimana yang ditakrifkan bawah subseksyen 69(2) Akta Suruhanjaya Sekuriti 1993 (SCA). Garis panduan ini boleh didapati di sini.

Subseksyen 69(2) SCA menyatakan bahawa seseorang itu tidak boleh dilantik atau bertindak sebagai pemegang amanah tanpa kelulusan Suruhanjaya jika orang itu ialah pemegang saham yang memegang saham peminjam secara benefisial, adalah berhak secara benefisial ke atas wang yang terhutang oleh peminjam kepadanya, telah membuat suatu jaminan berkenaan dengan amaun yang dicagar atau kena dibayar di bawah debentur itu, atau adalah suatu perbadanan yang berkaitan dengan peminjam atau mana-mana satu kategori orang yang disebut di atas.

Garis panduan ini bertujuan sebagai suatu sekatan dan imbangan bagi memastikan kepentingan pemegang debentur dilindungi jika pemegang amanah yang ingin bertindak bagi pemegang debentur adalah berkait dengan kategori orang yang digariskan dalam subseksyen 69(2) SCA.

Sekatan dan imbangan yang dimandatkan oleh garis panduan ini termasuklah keperluan bahawa sekurang-kurangnya satu pertiga daripada lembaga pemegang amanah yang ingin mendapatkan kelulusan bawah garis panduan ini adalah pengarah bebas. Pengasingan struktur antara pemegang amanah dan orang-orang yang berkaitan sepertimana yang tergaris dalam subseksyen 69(2) adalah merupakan keperluan selanjutnya bagi garis panduan ini. Pemegang amanah juga perlu memastikan sumber bukan-kewangan adalah bebas dengan secukupnya daripada orang-orang yang berkaitan seperti yang dinyatakan di atas.

Bawah garis panduan ini, SC akan memberi kelulusan menyeluruh kepada mana-mana pemegang amanah yang ingin dilantik atau bertindak sebagai pemegang amanah bawah subseksyen 69(2) dengan syarat kesemua keperluan garis panduan ini dituruti. Syarat kelulusan oleh Suruhanjaya ialah pemegang amanah itu mesti menuruti keperluan garis panduan ini secara berterusan semasa ia bertindak sebagai pemegang amanah berhubung sesuatu isu debentur.

SURUHANJAYA SEKURITI MALAYSIA

Badan-badan Bersekutu SC
Pautan Berkaitan
MENGENAI SC
Suruhanjaya Sekuriti Malaysia (SC) ditubuhkan pada 1 Mac 1993 di bawah Akta Suruhanjaya Sekuriti 1993. SC merupakan badan berkanun swabiaya dengan tanggungjawab untuk mengawal selia dan membangunkan pasaran modal Malaysia.

Talian Umum: +603-6204 8000
E-mel Umum: [email protected]
© Hakcipta Suruhanjaya Sekuriti Malaysia.  Hubungi Kami   |    Penolak Tuntutan   |   Paparan laman yang lebih baik menggunakan Microsoft Edge dan Google Chrome dengan resolusi minimum 1280x1024
Ooops!
Generic Popup