Berikutan kelonggaran tersebut, hasil kutipan daripada terbitan PDS kini boleh digunakan untuk membiayai pembangunan pasar raya besar, tertakluk kepada syarat-syarat berikut:
- Cadangan untuk mengendalikan sesebuah pasar raya besar telah diluluskan oleh Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna;
- Bangunan tersebut mesti dibina dengan tujuan operasi perniagaan penerbit sendiri sebagai sebuah pasar raya besar;
- Jumlah ruang lantai perniagaan yang dibiaya oleh hasil kutipan penawaran PDS tidak akan disewakan kepada pihak ketiga; dan
- Penerbit terus mematuhi syarat-syarat yang ditentukan di atas dan syarat lain yang ditentukan oleh pihak berkuasa kawal selia lain dari semasa ke semasa.
Sebelum ini, “pembinaan pasar raya besar” diletakkan di bawah definisi “pembinaan kompleks membeli-belah”. Pembinaan kompleks membeli-belah kekal sebagai satu aktiviti yang tidak dibenarkan untuk mendapatkan pembiayaan melalui terbitan PDS.
Senarai Negatif NBMC yang dikemas kini (Lampiran 1) yang menyenaraikan keadaan yang mana hasil kutipan daripada terbitan PDS tidak boleh digunakan, boleh didapati di sini.