Angka tersebut dikeluarkan hari ini susulan pengeluaran kad skor suku tahunan SC Q4 2012. SC turut menyatakan bahawa pasaran bon korporat telah membuat terbitan bernilai RM123.8 bilion, iaitu satu peningkatan sebanyak 73% berbanding RM71.2 bilion pada tahun sebelumnya. Ini menjadikannya jumlah terbesar yang dijana dalam terbitan Sukuk setakat ini, iaitu berjumlah RM97.5 bilion atau 79% daripada jumlah keseluruhan terbitan bon. Selain itu, dana yang dijana daripada IPO meningkat tiga kali ganda daripada RM6.0 bilion pada tahun 2011 kepada RM22.1 bilion.
SC menerima 46 permohonan bagi cadangan korporat dalam suku tahun terakhir 2012, iaitu peningkatan sebanyak 31% berbanding 35 permohonan pada Q3 2012. Permohonan terbanyak yang diterima (72%) adalah yang berhubung dengan Sekuriti Hutang Swasta (PDS). Terdapat juga peningkatan dalam permohonan IPO bagi Pasaran Utama dengan enam permohonan pada Q4 2012 berbanding lima pada suku tahun sebelumnya.
Permohonan bagi 26 PDS dan enam IPO yang dijangka akan menjana RM25.2 bilion telah diluluskan pada Q4 2012. 29 skim pelaburan kolektif baru dan lapan skim persaraan swasta (PRS) turut diluluskan pada tempoh yang sama.
Berhubung dengan kecekapan proses, permohonan substantif yang dipertimbangkan serta permohonan pelesenan pada Q4 2012 semuanya adalah mengikut set piagam masa.
Statistik pasaran modal yang berkaitan dengan kad skor SC meliputi maklumat mengenai pemprosesan, kelulusan dan penolakan pengemukaan, serta alasan penolakan. Selain petunjuk kad skor tersebut, statistik pengemukaan suku tahunan yang diluluskan oleh SC bagi suku tahun keempat 2012 turut dilaporkan.
SURUHANJAYA SEKURITI MALAYSIA