Kakitangan SC Kumpul Dana RM120,000 Bantu Petugas Barisan Hadapan dan Komuniti Terkesan dengan Wabak Covid-19
8 Mei 2020   |   Kuala Lumpur

Kakitangan Suruhanjaya Sekuriti Malaysia (SC) dan agensi di bawahnya menyumbang sebanyak RM120,000 dari dana mereka sendiri bagi penyediaan mesin ventilator, peralatan perubatan dan bantuan yang amat diperlukan oleh petugas barisan hadapan serta kepada komuniti yang terkesan dengan wabak Covid-19.

Dana tersebut telah disalurkan kepada tiga organisasi berikut iaitu:

1. Dana Pandemik COVID-19 MERCY Malaysia untuk menyediakan 600 set Peralatan Perlindungan Diri (PPE) kepada Hospital Besar Kota Bharu, Hospital Teluk Intan dan Hospital Ipoh, serta keperluan penting kepada lebih daripada 150 keluarga yang terdiri daripada komuniti terkesan di Kelantan;
2. Pusat Perubatan Universiti Malaya (UMMC) untuk pembelian dua ventilator bagi merawat pesakit yang menghadapi masalah pernafasan; dan
3. PDRM (Ibu Pejabat Kontijen Kuala Lumpur) bagi membekalkan topeng muka, air mineral dan makanan ringan untuk lebih daripada 1,000 pegawai polis yang bertugas sepanjang penguatkuasaan Perintah Kawalan Pergerakan.

"Hari ini, kita menghadapi cabaran kemanusiaan, ekonomi dan kewangan sekaligus, situasi yang pada bila-bila masa memerlukan kita agar bersedia, memberi tekanan terhadap keupayaan dan sumber kita dalam keadaan yang tidak pernah berlaku sebelum ini. Oleh itu, saya berbangga kerana rakan sekerja saya yang telah memberi sumbangan berbentuk kewangan mereka untuk tujuan yang mulia ini,” kata Datuk Syed Zaid Albar, Pengerusi SC, dalam ucapan terima kasih SC kepada petugas barisan hadapan Malaysia.

SC akan terus memacu sebaik mungkin pasaran modal secara teratur dan menyokong peserta pasaran. "Namun, dugaan yang lebih besar dan mendesak pada masa ini adalah untuk memerangi wabak ini, yang dimainkan oleh petugas barisan hadapan yang bekerja tanpa mengira penat lelah dan berada di bawah tekanan setiap hari demi menjaga keselamatan rakyat Malaysia. Kami amat menghargai komitmen mereka dan mengucapkan terima kasih atas dedikasi mereka yang telah mereka tunjukkan selama ini,” tambah Syed Zaid.
SURUHANJAYA SEKURITI MALAYSIA
SC-World Bank-IOSCO Asia Pacific Hub Conference 2019: Enhancing Financial Inclusion through Islamic Finance and FinTech
(From left to right):
  1. Abayomi A. Alawode, Head of Islamic Finance, Finance, Competitiveness and Innovation, The World Bank Group
  2. Datuk Syed Zaid Albar, Chairman of the Securities Commission Malaysia (SC)
  3. Dr. Firas Raad, Country Manager for Malaysia, East Asia and Pacific, The World Bank Group 
  4. Datuk Zainal Izlan Zainal Abidin, Deputy Chief Executive of SC
Badan-badan Bersekutu SC
Pautan Berkaitan
MENGENAI SC
Suruhanjaya Sekuriti Malaysia (SC) ditubuhkan pada 1 Mac 1993 di bawah Akta Suruhanjaya Sekuriti 1993. SC merupakan badan berkanun swabiaya dengan tanggungjawab untuk mengawal selia dan membangunkan pasaran modal Malaysia.

Talian Umum: +603-6204 8000
E-mel Umum: [email protected]
© Hakcipta Suruhanjaya Sekuriti Malaysia.  Hubungi Kami   |    Penolak Tuntutan   |   Paparan laman yang lebih baik menggunakan Microsoft Edge dan Google Chrome dengan resolusi minimum 1280x1024
Ooops!
Generic Popup