Untuk mempertingkat keperluan penzahiran bagi syarikat sedemikian, Suruhanjaya Sekuriti (SC) hari ini mengeluarkan
'Prospectus Guidelines - Guidelines Supplement 1 for Listing of Foreign-Incorporated Companies '. Garis panduan baru tersebut berkuat kuasa serta merta dan dirujuk secara bersama dengan
Prospectus Guidelines on Public Offerings sedia ada.
Penyenaraian syarikat asing di Malaysia dimudahcarakan melalui
Guidance Notes 7A dan 7B yang diterbitkan di bawah Policies and Guidelines on Issue/Offer of Securities SC pada 19 September 2003.
Keperluan penzahiran, seperti yang ditetapkan di bawah garis panduan tersebut tidak terhad kerana mereka yang terlibat dalam penyediaan prospektus dikehendaki menzahirkan semua maklumat penting yang mereka ketahui. Para pelabur dinasihatkan agar membaca dan memahami semua maklumat yang dikemukakan dalam prospektus sebelum membuat keputusan pelaburan mereka.
Garis panduan tersebut boleh didapati di tapak web SC di sini.