ACSR dipengerusikan oleh Suruhanjaya Sekuriti Malaysia (SC). Keperluan tersebut, yang terpakai kepada entiti Kumpulan 1, kini akan berkuat kuasa bagi tempoh
pelaporan tahunan yang bermula pada atau selepas 1 Januari 2028, berbanding 1 Januari 2027 sebelum ini.
Sehubungan itu, keperluan jaminan wajib bagi entiti Kumpulan 2 dan Kumpulan 3 juga akan ditangguhkan selama setahun, masing-masing bermula pada tahun 2029 dan 2030. Keputusan ini berikutan semakan oleh Minority Shareholders Watch Group (MSWG) dan Climate Governance Malaysia (CGM) terhadap kohort pertama yang terdiri daripada 91 penerbit tersenarai Kumpulan 1 yang melapor di bawah Piawaian Pendedahan Kemampanan IFRS; semakan tersebut mendapati bahawa penambahbaikan lanjut terhadap kualiti pendedahan diperlukan.
Tempoh tambahan setahun ini bertujuan menyokong pihak penyedia laporan dalam memperkukuh proses pelaporan, kawalan dan kualiti data sebelum pelaksanaan jaminan wajib. Satu tempoh perundingan awam telah diadakan sebelum ini bagi mendapatkan maklum balas industri mengenai rangka kerja dan keperluan yang dicadangkan.
Di bawah pelanjutan ini, penerbit tersenarai akan terus dikehendaki, selaras dengan Keperluan Penyenaraian Pasaran Utama dan Pasaran ACE, untuk menyatakan sama ada pendedahan kemampanan mereka telah tertakluk kepada semakan dalaman oleh juruaudit dalaman atau telah mendapat jaminan bebas daripada penyedia perkhidmatan jaminan kemampanan.
Sebarang jaminan bebas kini mesti dilaksanakan mengikut piawaian jaminan diiktiraf yang ditetapkan, iaitu ISSA 5000
1 sahaja. Dua lagi piawaian jaminan sedia ada, iaitu
International Standard on Assurance Engagements (ISAE) 3000 (Disemak Semula) dan piawaian
International Organization for Standardization (ISO), tidak lagi akan disyorkan.
Selain itu, ACSR akan menerbitkan Sustainability Assurance Guide (Panduan Jaminan Kemampanan). Panduan ini akan menyokong penyedia perkhidmatan jaminan kemampanan serta memudahkan pelaksanaan keperluan jaminan kemampanan secara konsisten.
Dokumen dasar tersebut boleh didapati secara dalam talian di
https://www.sc.com.my/nsrf/resources/policy-documents. Baki cadangan lain yang berkaitan dengan rangka kerja jaminan kemampanan akan dimaklumkan kemudian.
Untuk maklumat lanjut atau pertanyaan, sila hubungi Sekretariat ACSR di
[email protected].