Kod Pengambilalihan, Nota Amalan yang Dipinda beri Lebih Kejelasan

Kuala Lumpur, 25 Mac 2004

Peserta pasaran akan mendapati Kod Pengambilalihan yang lebih jelas dengan pengumuman Kod Pengambilalihan dan Percantuman Malaysia (Pindaan) 2004 dan Nota Amalannya hari ini.

Pindaan yang berkuat kuasa hari ini bertujuan memastikan lebih kejelasan kepada pelbagai peruntukan dalam Kod tersebut tanpa perubahan ketara terhadap teras dan polisi kerangka pengawalseliaan ketika ini bagi pengambilalihan dan percantuman.

Suruhanjaya Sekuriti (SC) telah berunding dengan para profesional pasaran dan menjalankan kajian sebelum mencadangkan pindaan tersebut kepada Menteri Kewangan.

Antara lain, kini terdapat peruntukan baru dalam Jadual 1 Kod berkenaan yang menjadikannya mandatori bagi setiap pengarah syarikat yang membuat tawaran untuk menyatakan bahawa dia telah mengambil langkah sewajarnya dalam memastikan fakta dan pandangan yang dinyatakan di dalam dokumen tawaran adalah adil dan tepat, dan tiada fakta penting yang tidak dimasukkan. Dokumen tawaran mesti juga menyatakan bahawa setiap pengarah harus menerima tanggungjawab yang sepatutnya.

Kod Pengambilalihan dan Percantuman Malaysia (Pindaan) 2004 dan Nota Amalan boleh didapati di sini. Dokumen tersebut boleh dibeli daripada Percetakan Nasional Malaysia Berhad.

Untuk mempertingkat kualiti cadangan berkaitan pengambilalihan dan percantuman dan untuk memperbaiki kecekapan proses kelulusan, SC telah memperkenalkan format bagi pengemukaan cadangan pada awal tahun ini. "Format and Content of Applications under Division 2, Part IV of the Securities Commission Act 1993 and the Malaysian Code on Take-overs and Mergers 1998" yang berkuat kuasa pada 1 Mac 2004 juga boleh didapati di tapak web SC.

SURUHANJAYA SEKURITI MALAYSIA

Badan-badan Bersekutu SC
Pautan Berkaitan
MENGENAI SC
Suruhanjaya Sekuriti Malaysia (SC) ditubuhkan pada 1 Mac 1993 di bawah Akta Suruhanjaya Sekuriti 1993. SC merupakan badan berkanun swabiaya dengan tanggungjawab untuk mengawal selia dan membangunkan pasaran modal Malaysia.

Talian Umum: +603-6204 8000
E-mel Umum: [email protected]
© Hakcipta Suruhanjaya Sekuriti Malaysia.  Hubungi Kami   |    Penolak Tuntutan   |   Paparan laman yang lebih baik menggunakan Microsoft Edge dan Google Chrome dengan resolusi minimum 1280x1024
Ooops!
Generic Popup