MVCDC ditubuhkan pada 2005 sebagai satu majlis antara menteri dengan wakil sektor awam dan swasta untuk memberi visi dan hala tuju, memberi nasihat kepada kerajaan dan memudahcarakan penyelarasan strategi untuk keseluruhan pembangunan modal teroka (VC) dan ekuiti swasta (PE). MVCDC dipengerusikan oleh Pengerusi SC Datuk Syed Zaid Albar. Timbalan Ketua Eksekutif SC Datuk Zainal Izlan Zainal Abidin juga merupakan ahli Majlis tersebut.
Ahli-ahli MVCDC baharu, yang dilantik bagi tempoh dua penggal bermula 1 Mac 2019, ialah:
- Datuk Seri Dr Mohd Azhar Haji Yahaya
Ketua Setiausaha, Kementerian Tenaga, Sains, Teknologi, Alam Sekitar dan Perubahan Iklim (MESTECC) - Suhara Salleh
Timbalan Pengarah (Sektor Perkhidmatan Am), Pejabat Belanjawan Negara, Kementerian Kewangan - Syed Yasir Arafat Syed Abd Kadir
Ketua Pegawai Eksekutif, Ekuiti Nasional Bhd (Ekuinas) - Dr V Sivapalan
Presiden, Malaysian Business Angels Network (MBAN) - Surina Shukri
Ketua Pegawai Eksekutif, Malaysian Digital Economy Corporation (MDEC) - Victor Chua
Presiden, Malaysian VC and PE Association (MVCA) - Mohd Irwan Ahmad Mustafa
Naib Presiden Kanan dan Ketua Pelaburan Swasta, Permodalan Nasional Bhd (PNB)
Memandangkan peri pentingnya pembiayaan VC dan PE dalam memacu keusahawanan dan memangkin usaha kerajaan ke arah mencapai status negara ke arah ekonomi tambah nilai berpendapatan tinggi, MVCDC telah melaksanakan pelbagai inisiatif dengan kerjasama erat dengan kerajaan untuk memacu pertumbuhan industri. Ini termasuk langkah-langkah untuk meningkatkan insentif cukai, menarik pelaburan oleh syarikat-syarikat korporat, menggalakkan kemasukan peserta industri asing, memperkemas pembiayaan kerajaan dan memperluas kumpulan profesional industri.
Peranan yang dimainkan oleh SC sebagai pengerusi MVCDC adalah sejajar dengan tanggungjawabnya sebagai pengawal selia pasaran modal yang termasuk mengawasi pembangunan saluran pembiayaan alternatif seperti VC dan PE, serta pendanaan ekuiti ramai dan pembiayaan antara rakan setara.