Ashari merupakan bekas pengurus operasi MIH, rumah terbitan yang bertanggungjawab mengendalikan pengundian IPO ketika itu. Dia dibayar RM10,000 untuk menukar 80 permohonan yang berjaya diundi dengan permohonan yang tidak melalui proses pengundian.
Ashari telah disabitkan kesalahan dan dijatuhi hukuman tiga tahun penjara dan denda sebanyak RM1 juta (atau satu tahun penjara) oleh Mahkamah Sesyen pada tahun 2009. Mahkamah Tinggi telah menolak rayuan Ashari pada 4 Januari 2012 dan mengekalkan sabitan dan hukuman tersebut. Dia telah menfailkan rayuannya di Mahkamah Rayuan.
Panel hakim yang diketuai oleh Yang Arif Haji Abdul Malik Haji Ishak, Yang Arif Datuk Linton Albert dan Yang Arif Dato Haji Zawawi Salleh hari ini mengekalkan sabitan kesalah dan hukuman ke atas Ashari di bawah seksyen 87A(b) Akta Perindustrian Sekuriti 1983. Ashari kini sedang menjalani hukuman penjara tersebut.
SURUHANJAYA SEKURITI MALAYSIA