Pada 2018, AOB memeriksa enam firma audit utama dan tujuh firma audit lain. Firma-firma ini secara kolektif syarikat awam tersenarai (PLC) teraudit yang mewakili kira-kira 94% daripada jumlah permodalan pasaran PLC.
Melalui pemeriksaannya, AOB menyatakan pengurangan keseluruhan dalam bilangan pemerhatian yang berulang - daripada lapan firma yang diperiksa semula, hanya satu pemerhatian yang berulang dinyatakan dalam dua firma audit.
Walaupun firma-firma mengambil langkah untuk menambah baik kualiti audit, AOB tetap prihatin terhadap isu-isu dalam bidang seperti pensampelan dan audit pengiktirafan pendapatan masih berterusan. AOB menggesa firma-firma audit untuk mengamalkan kerangka analisis asas yang lebih berstruktur dan tersusun untuk memastikan langkah-langkah pemulihan yang diambil untuk menangani pemerhatian yang diperoleh adalah berkesan dan mampan.
Pada 2018, buat kali pertama, AOB mengambil tindakan penguatkuasaan terhadap rakan kongsi semakan kawalan kualiti tugasan (EQCR) atas kegagalan mereka dalam melaksanakan fungsi-fungsi pengawalan mereka dalam tugasan pengauditan. AOB juga berkongsi pemerhatian pemeriksaan terhadap tugasan pengauditan yang diperiksa dengan Jawatankuasa Audit syarikat tersenarai awam, memandangkan kebimbangan AOB terhadap kualiti audit dan penyumberluaran kerja auditnya kepada juruaudit lain.
Di samping itu, kriteria baharu pendaftaran diperkenalkan untuk memastikan peranan pengawalan juruaudit kekal relevan dan lebih penting lagi, untuk menggalakkan firma audit untuk meningkatkan kapasiti dan menambah baik kualiti audit mereka. Kriteria baharu termasuk memastikan bahawa rakan audit yang berdaftar berkhidmat untuk satu firma audit pada setiap masa dan memastikan firma audit yang berdaftar dengan AOB mempunyai sekurang-kurangnya tiga rakan audit. Di samping itu, EQCR entiti kepentingan awam (PIE) dan kumpulan wang jadual audit kini mesti dijalankan oleh rakan berdaftar AOB firma audit yang sama yang dilantik sebagai juruaudit. Pendaftaran firma audit yang berterusan dengan AOB juga tertakluk kepada firma audit yang mempunyai sekurang-kurangnya satu PIE atau kumpulan wang jadual klien audit dalam tempoh 24 bulan yang lalu.
AOB kekal fokus dalam usaha penguatkuasaannya untuk melindungi pelabur dan pihak berkepentingan lain dan menetapkan tahap untuk audit berkualiti tinggi. Tahun lepas, AOB mengambil tindakan penguatkuasaan terhadap 11 juruaudit individu dan tiga firma audit kerana kegagalan mematuhi undang-undang, pengawalseliaan dan piawaian pengauditan.
Pengerusi AOB, Dato’ Gumuri Hussain berkata, "AOB percaya bahawa kualiti audit adalah asas tadbir urus yang baik dan akhirnya, lembaga-lembaga bertanggungjawab menyediakan dasar dan proses untuk memastikan kebebasan dan komitmen juruaudit untuk menghasilkan kerja yang berkualiti serta proses audit yang disokong sepenuhnya oleh pihak pengurusan."
AOB akan mengedarkan Laporan Pemeriksaan Tahunan 2018 kepada semua PLC untuk memperdalam pemahaman lembaga-lembaga dan Jawatankuasa Audit mengenai pemerhatian dan memudahcarakan perbincangan antara PIE dan juruaudit masing-masing untuk memastikan bahawa bidang risiko khusus kepada entiti mereka dapat ditangani dengan secukupnya.
Laporan Tahunan AOB dan Laporan Pemeriksaan Tahunan 2018 boleh didapati di www.sc.com.my.