Sebagai Pengerusi EMC, Datuk Ranjit juga akan menyandang jawatan Naib Pengerusi Lembaga Pengarah IOSCO, badan pentadbir IOSCO, dan akan mewakili EMC dalam Lembaga Kestabilan Kewangan (FSB).
Datuk Ranjit menekankan bahawa adalah tepat pada masanya bagi pasaran pesat membangun untuk terlibat dalam perbincangan mengenai pengawalseliaan di peringkat global dalam mengukuhkan kedudukan dan potensi pertumbuhan pasaran ini.
Beliau menambah, “Memandangkan betapa kompleksnya pengawalseliaan dan meningkatnya peranan yang dimainkan pasaran pesat membangun seperti Malaysia, adalah penting bagi pasaran pesat membangun terlibat dalam perbincangan dan proses merangka struktur pengawalseliaan di peringkat global .”
SC adalah komited untuk membangunkan pasaran modal yang kukuh dan berdaya saing, dan menekankan kepentingan perkongsian kepakaran kawal selia dan teknikal, khususnya yang berkaitan dengan penguatkuasaan dan inisiatif penyeliaan rentas sempadan.
SURUHANJAYA SEKURITI MALAYSIA