Penggantungan sementara IDSS dan PDT ini diperkenalkan pada 24 Mac 2020 sebagai sebahagian daripada tindakan proaktif pengawal selia untuk mengurangkan potensi risiko yang timbul berikutan ketaktentuan pandemik COVID-19. Langkah penggantungan lanjutan ini telah berkuat kuasa pada 22 Februari 2021 dan akan tamat pada 29 Ogos 2021.
Keputusan untuk melanjutkan penggantungan ini dibuat setelah pelbagai inisiatif dipertimbangkan untuk meningkatkan langkah-langkah kawalan terhadap aktiviti jualan singkat intra hari bagi meningkatkan kestabilan pasaran dan memperkukuh integriti pasaran modal.
Pelanjutan tempoh ini membabitkan pembaharuan berterusan terhadap sistem dagangan Bursa Malaysia untuk meningkatkan keseluruhan kapasiti dan ketahanan sistem Bursa Trade Securities 2 (BTS2), termasuk penggunaan automatik "peraturan at-tick". Di bawah peraturanini, pesanan Jualan Singkat IDSS dan PDT hendaklah ditetapkan pada harga jual yang terbaik atau lebih tinggi.
SC dan Bursa SC dan Bursa Malaysia akan terus memantau perkembangan yang mempengaruhi pasaran sekuriti dan menilai kecukupan langkah-langkah sedia ada bagi menyokong pasaran yang teratur dan mengurangkan potensi risiko.