Penglibatan Bersama Firma Tenaga Bersandarkan Kesediaan Taksonomi Asean untuk Kewangan Lestari

Kuala Lumpur, 6 April 2023

Berikutan pelancaran Taksonomi ASEAN untuk Kewangan Lestari (Versi 2) minggu lepas, Suruhanjaya Sekuriti Malaysia (SC) akan memudahcarakan usaha serantau yang dilaksana oleh Lembaga Taksonomi ASEAN (ATB) untuk menjalankan perundingan bersasar bersama pihak berkepentingan.

Berikutan pelancaran Taksonomi ASEAN untuk Kewangan Lestari (Versi 2) minggu lepas, Suruhanjaya Sekuriti Malaysia (SC) akan memudahcarakan usaha serantau yang dilaksana oleh Lembaga Taksonomi ASEAN (ATB) untuk menjalankan perundingan bersasar bersama pihak berkepentingan.

Di Malaysia, SC dan Bank Negara Malaysia (BNM) akan mengadakan libat urus dengan pelbagai pihak berkepentingan dalam sektor tenaga bagi menilai kesediaan mereka dalam memenuhi kriteria penapisan teknikal di bawah Taksonomi ASEAN. Hasil daripada sesi libat urus ini akan diambil kira untuk memuktamadkan Versi 2, yang akan berkuat kuasa awal tahun 2024.

Inisiatif serantau ini menyokong aspirasi Malaysia untuk mencapai sasaran pelepasan bersih sifar gas rumah hijau (GHG) seawal 2050, yang antara lain melengkapi agenda pemulihan hijau negara dan Aspirasi Pelaburan Nasional (NIA).

Versi 2, yang dikeluarkan pada 27 Mac 2023, terdiri daripada Rangka Kerja Asas dan Kriteria Saringan Teknikal (TSC) yang lengkap untuk sektor fokus pertama, iaitu sektor Bekalan Elektrik, Gas, Wap dan Penyaman Udara (sektor Tenaga) di bawah Piawaian Lanjutan (Plus Standard).

Pengerusi SC, Dato' Seri Dr. Awang Adek Hussin berkata: “SC mengalu-alukan pelancaran Versi 2 Taksonomi ASEAN untuk Kewangan Lestari. Penambahbaikan dalam Versi 2 merupakan langkah penting dalam mengemudi ASEAN sebagai rantau dan negara anggotanya secara individu untuk beralih ke arah kemampanan.”

Rangka Kerja Asas dalam Versi 2 juga sejajar dengan Perubahan Iklim dan Taksonomi berasaskan Prinsip yang dikeluarkan oleh BNM; dan komponen alam sekitar Taksonomi Pelaburan Mampan dan Bertanggungjawab Berasaskan Prinsip bagi Pasaran Modal Malaysia (Taksonomi SRI) yang dikeluarkan oleh SC tahun lepas. Taksonomi ini, secara kolektif, akan mewujudkan peluang dan merangsang lebih banyak aliran pelaburan, termasuk dana asing ke dalam negara.

Taksonomi ASEAN Versi 2 boleh didapati di laman web berikut:


SURUHANJAYA SEKURITI MALAYSIA


Badan-badan Bersekutu SC
Pautan Berkaitan
MENGENAI SC
Suruhanjaya Sekuriti Malaysia (SC) ditubuhkan pada 1 Mac 1993 di bawah Akta Suruhanjaya Sekuriti 1993. SC merupakan badan berkanun swabiaya dengan tanggungjawab untuk mengawal selia dan membangunkan pasaran modal Malaysia.

Talian Umum: +603-6204 8000
E-mel Umum: [email protected]
© Hakcipta Suruhanjaya Sekuriti Malaysia.  Hubungi Kami   |    Penolak Tuntutan   |   Paparan laman yang lebih baik menggunakan Microsoft Edge dan Google Chrome dengan resolusi minimum 1280x1024
Ooops!
Generic Popup