Permohonan Dibuka bagi Felo Pelawat dalam Kewangan Islam di bawah Program Kepimpinan Pemikiran Berprestij SC – Pusat Pengajian Islam Oxford
14 November 2019   |   Kuala Lumpur
Suruhanjaya Sekuriti Malaysia (SC) memainkan dua peranan dalam pengawalseliaan dan pembangunan pasaran modal Malaysia, di mana pasaran modal Islam merupakan komponen penting. Kepimpinan pemikiran telah menjadi tonggak penting bagi SC dalam usaha memacu pembangunan pasaran modal Islam global dan memperkukuh kedudukan Malaysia dalam kewangan Islam.

Salah satu inisiatif tersebut adalah kerjasama dengan Pusat Pengajian Islam Oxford (OCIS), sebuah Pusat Bebas yang Diiktiraf di Universiti Oxford, UK bagi Program Sarjana Tamu (Scholar in Residence - SIR) dalam Kewangan Islam. Di bawah program ini, ahli akademik atau pengamal kewangan Islam akan bertugas sebagai sarjana tamu di OCIS untuk menjalankan penyelidikan gunaan ke atas topik isu-isu kontemporari dalam kewangan Islam, terutamanya yang berkaitan dengan pasaran modal Islam.

Sehubungan ini, SC mempelawa permohonan bagi Felo Pelawat kesembilan di bawah program SIR dalam kewangan Islam bagi tahun akademik 2020/21 bermula Oktober 2020. Pemohon mestilah mempunyai pengalaman yang luas dalam kewangan Islam dan/atau bidang yang berkaitan, dan mampu menunjukkan kebolehan untuk menjalankan kajian akademik secara bebas. Tarikh tutup untuk mengemukakan permohoan adalah pada 3 Februari 2020.

Sarjana yang terpilih akan memulakan program tamu di Oxford untuk menjalankan penyelidikan dan mengambil bahagian dalam pelbagai aktiviti akademik di OCIS. Di samping itu, Felo Pelawat juga hendaklah menyampaikan syarahan dan mengelolakan seminar, terbabit dalam kajian secara kerjasama dan menyumbangkan tenaga kepada institusi berkaitan.

Program SIR dimulakan pada 2012 berikutan resolusi yang dicapai ketika Sidang Meja Bulat SC-OCIS mengenai Kewangan Islam, satu acara tahunan utama. Ia telah menerima sambutan di peringkat global dari pelbagai negara, mewakili kepelbagaian dan penerimaan terhadap kewangan Islam di seluruh dunia.

Untuk butiran lanjut mengenai Program SIR, sila lawati bahagian Visiting Fellowship di laman sesawang OCIS di www.oxcis.ac.uk.
SURUHANJAYA SEKURITI MALAYSIA
SC-World Bank-IOSCO Asia Pacific Hub Conference 2019: Enhancing Financial Inclusion through Islamic Finance and FinTech
(From left to right):
  1. Abayomi A. Alawode, Head of Islamic Finance, Finance, Competitiveness and Innovation, The World Bank Group
  2. Datuk Syed Zaid Albar, Chairman of the Securities Commission Malaysia (SC)
  3. Dr. Firas Raad, Country Manager for Malaysia, East Asia and Pacific, The World Bank Group 
  4. Datuk Zainal Izlan Zainal Abidin, Deputy Chief Executive of SC
Badan-badan Bersekutu SC
Pautan Berkaitan
MENGENAI SC
Suruhanjaya Sekuriti Malaysia (SC) ditubuhkan pada 1 Mac 1993 di bawah Akta Suruhanjaya Sekuriti 1993. SC merupakan badan berkanun swabiaya dengan tanggungjawab untuk mengawal selia dan membangunkan pasaran modal Malaysia.

Talian Umum: +603-6204 8000
E-mel Umum: [email protected]
© Hakcipta Suruhanjaya Sekuriti Malaysia.  Hubungi Kami   |    Penolak Tuntutan   |   Paparan laman yang lebih baik menggunakan Microsoft Edge dan Google Chrome dengan resolusi minimum 1280x1024
Ooops!
Generic Popup