Pengamal kewangan Islam dan bidang berkaitan yang layak akan menjalankan penyelidikan gunaan bebas mengenai isu-isu penting strategik dan kontemporari berkait pasaran modal Islam (ICM).
Bidang tumpuan penyelidikan mestilah relevan dengan ICM, merangkumi Maqasid al-Syariah dan aplikasinya, kewangan sosial Islam dan fintech, ekonomi halal, dan pelaburan mampan dan bertanggungjawab termasuk pelaburan impak.
Para cendekiawan tempatan dan luar negara, pengawal selia, pengamal industri yang mempunyai pendedahan dasar gunaan serta ahli akademik dengan kepakaran mendalam dalam bidang ini digalakkan untuk memohon.
Felo terpilih akan ditempatkan di OCIS selama satu tahun akademik bermula Oktober 2026.
Felo tersebut akan menjalankan penyelidikan dan menyumbang kepada wacana intelektual mengenai pasaran modal Islam di OCIS. Tanggungjawab mereka termasuk menyampaikan kuliah, bekerjasama dalam kajian dan penglibatan dengan institusi berkaitan untuk memajukan pembangunan ICM.
Ditubuhkan pada tahun 2012, Program Felo SIR diperkenalkan susulan resolusi daripada Meja Bulat SC-OCIS mengenai Kewangan Islam. Sehingga kini, program ini telah memberi manfaat kepada 15 orang pakar bidang ICM, menyumbang pandangan berharga kepada landskap kewangan Islam global.
Program ini selaras dengan Pelan Induk Pasaran Modal 2026-2030, yang bertujuan untuk memperkukuh kepimpinan global dalam ICM, memacu inovasi produk dan mengembangkan keluasan dan kedalaman penawaran patuh Syariah berpandukan Maqasid al-Shariah.
Permohonan untuk Program Felo SIR 2026/27 dibuka sehingga 12 Jun 2026. Klik
di sini untuk memohon.
Untuk butiran lanjut, lawati bahagian Visiting Fellowship di laman web OCIS:
www.oxcis.ac.uk.