Program SIR terbuka kepada ahli akademik atau pengamal yang mempunyai minat dan berkebolehan menjalankan penyelidikan gunaan secara bebas mengenai topik kontemporari yang berkait pasaran modal Islam (ICM).
Bidang tumpuan harus terkini dan relevan dengan ICM, dengan keutamaan kepada Maqasid al-Shariah, kewangan sosial Islam dan fintech, ekonomi halal, pelaburan berimpak, dan pelaburan mampan dan bertanggungjawab.
Pemohon yang mempunyai kepakran dalam kewangan Islam dan/atau disiplin yang berkait rapat dengan pengalaman praktikal yang luas dalam bidang berkaitan adalah digalakkan untuk memohon.
Pemohon yang berjaya dijangka menetap di Oxford selama satu tahun akademik di OCIS mulai Oktober 2024, untuk menjalankan penyelidikan dan mengambil bahagian dalam pelbagai aktiviti akademik.
Sebagai sebahagian daripada program ini, sarjana terpilih juga sesekali dikehendaki memberi syarahan dan mengadakan seminar, terlibat dalam kajian kolaboratif, dan menyumbangkan tenaga kepada institusi berkaitan.
SIR adalah sebahagian daripada usaha kepimpinan pemikiran dan pembangunan kapasiti SC yang berterusan untuk memajukan pembangunan global ICM. Sambutan yang menggalakkan untuk program ini setiap tahun membuktikan kepentingannya dalam memupuk pertukaran pengetahuan dan idea.
Tarikh tutup permohonan ialah 30 April 2024. Klik di
sini untuk memohon.
Untuk butiran lanjut mengenai Program SIR, sila lawati bahagian Visiting Fellowship di laman web OCIS di
www.oxcis.ac.uk.