Muhamad Hafiz, yang pernah berdaftar dengan AOB, melanggar seksyen 31Z (2)
Akta Suruhanjaya Sekuriti Malaysia 1993 (SCMA).
Sebagai rakan kongsi, Hafiz telah gagal merancang dan melaksanakan prosedur audit yang melibatkan audit komponen PIE tersebut. Dia juga tidak melakukan prosedur audit yang mencukupi, antara lain, mengenai andaian usaha berterusan (going concern), kontrak pembinaan, perdagangan belum terima dan jumlah hutang syarikat bersekutu.
Hafiz tidak memfailkan apa-apa rayuan terhadap keputusan AOB tersebut dalam tempoh yang ditetapkan menurut SCMA.