SC adakan sesi penerangan demutualisasi BSKL bagi wakil peniaga

Kuala Lumpur, 21 Ogos 2003

Suruhanjaya Sekuriti (SC) akan menganjurkan sesi penerangan setengah hari di bandar-bandar utama bermula sekarang hingga bulan November mengenai perubahan kepada persekitaran perniagaan yang timbul berikutan demutualisasi Bursa Saham Kuala Lumpur (BSKL) kepada wakil-wakil peniaga.

“Sesi penerangan tersebut merupakan sebahagian daripada usaha berterusan Suruhanjaya untuk mengadakan dialog yang kerap bersama konstituen kami untuk memastikan mereka bersedia untuk menghadapi cabaran landskap pasaran modal kita yang berubah-ubah,” kata Pengarah Pengawasan Pasaran SC, Siow Kim Lun.

Sesi penerangan setengah hari tersebut (dari 8.30 pagi hingga 12.30 tengah hari) akan memberikan wakil-wakil peniaga gambaran menyeluruh mengenai rasional dan manfaat demutualisasi. Peserta juga akan diberikan penerangan mengenai strategi perniagaan BSKL sebagai sebuah entiti yang didemutualisasi dan isu-isu lain berkaitan dengan pengawasan dalam pasaran sekunder dan pendekatan bagi pengawasan pasaran. Para penceramah termasuk Siow Kim Lun dan Ketua Jabatan Pengawasan Pasaran SC, Onn Ismail dan Naib Presiden Kanan BSKL, Azran Osman Rani.

Sesi soal-jawab akan diadakan selepas pembentangan kepada wakil-wakil peniaga untuk memperjelas isu-isu berkaitan dengan demutualisasi BSKL.

Sesi penerangan tersebut akan merangkumi lapan pusat dan akan diadakan dalam tempoh tiga bulan, bermula dari 23 Ogos di Kuala Lumpur. Tarikh dan tempat sesi lain ialah:

  • 23 Ogos 2003 – Suruhanjaya Sekuriti, Kuala Lumpur
  • 24 Ogos 2004 - Hotel Shangri-La, Pulau Pinang
  • 13 September 2003 - Primula Beach Resort, Kuala Terengganu
  • 20 September 2003 - Sutera Harbour Resort, Kota Kinabalu
  • 21 September 2003 - Hotel Holiday Inn, Kuching
  • 27 September 2003 - Hotel Heritage, Ipoh
  • 11 Oktober 2003 - Hotel Renaissance Melaka, Melaka
  • 19 Oktober 2003 - Hotel Puteri Pan Pacific, Johor Bahru
  • 1 November 2003 – Suruhanjaya Sekuriti, Kuala Lumpur

Sesi penerangan ini adalah terbuka kepada semua wakil peniaga dan pengarah syarikat broker saham. Masuk adalah percuma, dan pendaftaran hendaklah dibuat melalui syarikat broker saham peserta.

Untuk maklumat lanjut, hubungi Jabatan Pelesenan SC di talian: (03) 6204 8439/ 8217/ 8560.

SURUHANJAYA SEKURITI MALAYSIA

Badan-badan Bersekutu SC
Pautan Berkaitan
MENGENAI SC
Suruhanjaya Sekuriti Malaysia (SC) ditubuhkan pada 1 Mac 1993 di bawah Akta Suruhanjaya Sekuriti 1993. SC merupakan badan berkanun swabiaya dengan tanggungjawab untuk mengawal selia dan membangunkan pasaran modal Malaysia.

Talian Umum: +603-6204 8000
E-mel Umum: [email protected]
© Hakcipta Suruhanjaya Sekuriti Malaysia.  Hubungi Kami   |    Penolak Tuntutan   |   Paparan laman yang lebih baik menggunakan Microsoft Edge dan Google Chrome dengan resolusi minimum 1280x1024
Ooops!
Generic Popup