SC beri Amaran kepada Orang Ramai mengenai Penggunaan tanpa kebenaran Nama dan Logonya

SC Tidak Sokong atau Lulus Produk Pelaburan Amanah Tunai di Pasaran

SIARAN MEDIA

Kuala Lumpur, 14 Ogos 2023

Suruhanjaya Sekuriti Malaysia (SC) memberi amaran kepada orang ramai, khususnya pelabur, tentang penggunaan nama dan logo SC secara tidak sah oleh entiti/syarikat tertentu dalam bahan promosi untuk produk pelaburan mereka.

Khususnya, SC ingin menekankan bahawa ia tidak meluluskan sebarang produk pelaburan amanah tunai di pasaran. Oleh itu, sebarang penggunaan nama dan logo SC dalam bahan promosi pelaburan amanah tunai adalah dilarang.

SC memandang serius perkara ini kerana tindakan sedemikian boleh mengelirukan orang ramai bahawa SC meluluskan produk amanah tunai.

Dua syarikat baru-baru ini telah dikenal pasti menggunakan nama dan logo SC dalam bahan promosi mereka untuk produk pelaburan amanah tunai tanpa kebenaran. Mereka telah diarahkan untuk mengeluarkan sebarang rujukan kepada SC dalam semua bahan promosi yang berkaitan termasuk video.

SC ingin mengingatkan orang ramai serta syarikat amanah bahawa video mengenai amanah tunai yang dihasilkan oleh SC adalah untuk tujuan pendidikan sahaja. Ia tidak bertujuan untuk diterbitkan semula di mana-mana medium oleh syarikat amanah berhubung dengan produk pelaburan amanah tunai mereka.

Orang ramai amat digalakkan untuk melaporkan sebarang aktiviti yang mencurigakan atau maklumat pelaburan yang mengelirukan kepada SC. Ini akan membantu melindungi pelabur lain daripada potensi risiko dan membantu mereka dalam membuat keputusan pelaburan termaklum.

Pejabat Pengguna dan Pelabur SC boleh dihubungi di +603 6204 8999 atau melalui e-mel [email protected] untuk laporan atau pertanyaan

SURUHANJAYA SEKURITI MALAYSIA

Badan-badan Bersekutu SC
Pautan Berkaitan
MENGENAI SC
Suruhanjaya Sekuriti Malaysia (SC) ditubuhkan pada 1 Mac 1993 di bawah Akta Suruhanjaya Sekuriti 1993. SC merupakan badan berkanun swabiaya dengan tanggungjawab untuk mengawal selia dan membangunkan pasaran modal Malaysia.

Talian Umum: +603-6204 8000
E-mel Umum: [email protected]
© Hakcipta Suruhanjaya Sekuriti Malaysia.  Hubungi Kami   |    Penolak Tuntutan   |   Paparan laman yang lebih baik menggunakan Microsoft Edge dan Google Chrome dengan resolusi minimum 1280x1024
Ooops!
Generic Popup