SC beri geran kewangan kepada pasukan petugas untuk membangun garis panduan audit dalaman

Kuala Lumpur, 10 Julai 2001

Suruhanjaya Sekuriti menyediakan satu geran kewangan sebanyak RM50,000 kepada satu Pasukan Petugas mengenai Garis Panduan Fungsi Audit Dalaman untuk membangunkan satu garis panduan mengenai peranan fungsi audit dalaman syarikat-syarikat.

Pasukan Petugas tersebut, ditubuhkan di bawah naungan Institut Juruaudit Dalaman Malaysia (IIAM), sebuah inisiatif yang dipandu industri bagi merumuskan satu garis panduan yang terperinci untuk memudahcarakan pematuhan oleh syarikat-syarikat kepada keperluan berkaitan dengan fungsi audit dalaman di bawah Kod Tadbir Urus Korporat Malaysia.

Pasukan Petugas tersebut, yang telah mengadakan mesyuarat pertamanya pada 9 Mei 2001, dipengerusikan oleh Encik Abdul Samad Alias, Presiden Institut Akauntan Malaysia (MIA) dan Persatuan Akauntan Awam Bertauliah Malaysia (MACPA). Ahli-ahli Pasukan Petugas yang lain termasuk wakil-wakil dari sektor awam dan akademik, syarikat awam tersenarai dan Bursa Saham Kuala Lumpur (BSKL). Suruhanjaya juga diwakili dalam Pasukan Petugas tersebut sebagai pemerhati dan akan menyediakan panduan dan bantuan jika diperlukan.

Bantuan kewangan Suruhanjaya dalam pembangunan garis panduan mengenai peranan fungsi audit dalaman adalah sejajar dengan komitmennya yang lebih luas, sebagaimana yang dinyatakan dalam Pelan Induk Pasaran Modal, iaitu untuk memastikan pasaran modal Malaysia adalah bercirikan standard tadbir urus korporat dan kebertanggungjawaban yang tinggi.

SURUHANJAYA SEKURITI MALAYSIA

Badan-badan Bersekutu SC
Pautan Berkaitan
MENGENAI SC
Suruhanjaya Sekuriti Malaysia (SC) ditubuhkan pada 1 Mac 1993 di bawah Akta Suruhanjaya Sekuriti 1993. SC merupakan badan berkanun swabiaya dengan tanggungjawab untuk mengawal selia dan membangunkan pasaran modal Malaysia.

Talian Umum: +603-6204 8000
E-mel Umum: [email protected]
© Hakcipta Suruhanjaya Sekuriti Malaysia.  Hubungi Kami   |    Penolak Tuntutan   |   Paparan laman yang lebih baik menggunakan Microsoft Edge dan Google Chrome dengan resolusi minimum 1280x1024
Ooops!
Generic Popup