Kenaikan sementara dalam had penggearan akan memberikan fleksibiliti aliran tunai M-REIT yang lebih besar dan membolehkan pengurus M-REIT menguruskan struktur hutang dan modal REIT mereka dengan lebih efisien, khususnya memandangkan persekitaran operasi yang mencabar semasa wabak COVID-19.
Walaupun terdapat kenaikan had penggearan sementara, SC menjangka pengurus M-REIT akan mempertimbangkan kemampanan REIT dan demi kepentingan pemegang unit, sebelum menanggung apa-apa hutang tambahan.
Ketika sistem kewangan membuat pelarasan terhadap kesan Covid-19, SC terus memantau situasi yang di peringkat pasaran global dan domestik, untuk menentukur tindak balasnya dan memaklumkan perkembangannya kepada orang ramai.
Pengawal selia tersebut telah memperkenalkan pelbagai langkah untuk membantu peserta dan industri pasaran modal. Senarai lengkap langkah-langkah tersebut boleh didapati di www.sc.com.my/covid-19.