SC bersama OCIS Lancar Felo Sarjana Berprestij Sultan Nazrin Shah bagi Memajukan Kewangan Islam
Permohonan untuk jawatan akademik di OCIS dibuka sehingga 5 Mei 2025

Kuala Lumpur, 25 Mac 2025

Suruhanjaya Sekuriti Malaysia (SC) bekerjasama dengan Oxford Centre for Islamic Studies (OCIS) untuk melancarkan Felo Sarjana Sultan Nazrin Shah , jawatan akademik berprestij yang bertujuan memacu kepimpinan pemikiran dan inovasi dalam kewangan Islam.

Felo Sarjana Sultan Nazrin Shah menawarkan felo terpilih peluang istimewa untuk bekerja dan terlibat dengan sarjana global dan pemimpin industri untuk membentuk masa depan kewangan Islam.

Felo terpilih akan tumpu pada pengukuhan perkongsian strategik, projek bersama dan perkongsian pengetahuan untuk kemajuan industri, dan tidak terbatas kepada penyelidikan berkenaan tren dan inovasi baharu.

Pengerusi SC Dato’ Mohammad Faiz Azmi berkata, "Sebagai peneraju global dalam kewangan Islam, SC komited untuk membentuk masa depan industri melalui pengetahuan, inovasi dan kerjasama. Program felo sarjana ini akan menjadi pemangkin untuk merintis penyelidikan dan idea baharu untuk memacu kemajuan yang bermakna dalam kewangan Islam."

Calon harus memiliki ijazah kedoktoran dalam bidang yang berkaitan dengan pengalaman penyelidikan yang luas. Mereka yang berpengalaman dalam mendapatkan pembiayaan untuk projek penyelidikan dan pembangunan perkongsian akan mempunyai kelebihan.

Program felo sarjana sepenuh masa ini akan berpusat di OCIS, dengan penempatan dijangka bermula pada S3 2025, selaras dengan tahun akademik OCIS.

    Permohonan kini dibuka. Calon yang berminat boleh memohon melalui https://www.oxcis.ac.uk/sites/default/files/inline-files/Fellowship%20in%20Islamic%20Financial%20Markets.pdf

    Untuk maklumat lanjut, layari https://www.oxcis.ac.uk/.

      SURUHANJAYA SEKURITI MALAYSIA

      Badan-badan Bersekutu SC
      Pautan Berkaitan
      MENGENAI SC
      Suruhanjaya Sekuriti Malaysia (SC) ditubuhkan pada 1 Mac 1993 di bawah Akta Suruhanjaya Sekuriti 1993. SC merupakan badan berkanun swabiaya dengan tanggungjawab untuk mengawal selia dan membangunkan pasaran modal Malaysia.

      Talian Umum: +603-6204 8000
      E-mel Umum: [email protected]
      © Hakcipta Suruhanjaya Sekuriti Malaysia.  Hubungi Kami   |    Penolak Tuntutan   |   Paparan laman yang lebih baik menggunakan Microsoft Edge dan Google Chrome dengan resolusi minimum 1280x1024
      Ooops!
      Generic Popup