SC: Celik Pelaburan Satu Kemahiran Sepanjang Hayat untuk Capai Matlamat Kewangan
23 September 2016|   Kuala Lumpur
Pesta BijakLabur Tingkat Kerjasama Antara Peserta Pasaran Dalam Mendidik Pelabur

Suruhanjaya Sekuriti Malaysia (SC) bekerjasama rapat dengan institusi pasaran modal bagi melengkapi pelabur Malaysia melalui pendekatan celik pelaburan yang diperlukan untuk mencapai matlamat kewangan mereka.

"SC berhasrat untuk meningkatkan keterangkuman kewangan dan keupayaan pelaburan dalam kalangan rakyat Malaysia," kata Dato 'Ahmad Fairuz Zainol Abidin, Timbalan Ketua Eksekutif SC ketika majlis pelancaran Pesta BijakLabur SC, yang diadakan di Pusat Pameran Mid Valley dari 23 hingga 25 September 2016.

"Kami kini bekerjasama dengan institusi pasaran modal untuk mendekati pelabur dan menggalakkan mereka agar bertanggungjawab ke atas kewangan mereka. Celik pelaburan merupakan kemahiran sepanjang hayat yang perlu ada dalam setiap rakyat Malaysia agar mampu mengambil bahagian dalam persekitaran pelaburan bagi mencapai matlamat kewangan mereka," menurut Dato 'Ahmad Fairuz.

Malaysia mempunyai pasaran modal yang mantap dengan saiz berjumlah RM2.9 trilion, dengan pelbagai produk yang terdiri daripada saham, unit amanah, bon, derivatif hinggalah dana dagangan bursa dan skim persaraan swasta serta pendanaan ekuiti ramai (crowdfunding). Oleh itu, adalah baik bagi rakyat Malaysia untuk belajar secara proaktif mengenai produk pelaburan ini, berpandukan profil risiko-ganjaran masing-masing, dan kaedah melabur secara bijak, tambah beliau.

Pendidikan pelabur merupakan fungsi penting dalam mandat SC sejak dari dahulu lagi. Ia merangkumi segenap lapisan masyarakat di Malaysia melalui program jerayawaranya, “SC Bersama Masyarakat”. Ia juga menjalankan pelbagai seminar dan latihan seperti 'Kids & Cash', 'Bijak Mengurus Wang' dan seminar pasaran saham dan unit amanah. Untuk meningkatkan lagi tahap kefahaman terhadap pasaran modal bagi penglibatan pelabur yang lebih bermaklumat, SC telah melancarkan BijakLabur pada 2014, dengan sokongan daripada pihak berkepentingan lain dalam pasaran modal untuk bersama-sama mendidik orang ramai untuk “Melabur Secara Bijak".

SC juga telah menyediakan maklumat melalui pelbagai saluran termasuk laman sesawang, muka buku dan aplikasi mudah alih BijakLabur. Melalui penggunaan media digital, SC mampu menyediakan platform yang lebih luas untuk mendekati orang ramai, dan memberikan instrumen dan maklumat pelaburan yang boleh diperolehi secara mudah.

Untuk maklumat lanjut, sila layari www.investsmartsc.my atau facebook.com/InvestSmartSC.

SURUHANJAYA SEKURITI MALAYSIA


Badan-badan Bersekutu SC
Pautan Berkaitan
MENGENAI SC
Suruhanjaya Sekuriti Malaysia (SC) ditubuhkan pada 1 Mac 1993 di bawah Akta Suruhanjaya Sekuriti 1993. SC merupakan badan berkanun swabiaya dengan tanggungjawab untuk mengawal selia dan membangunkan pasaran modal Malaysia.

Talian Umum: +603-6204 8000
E-mel Umum: [email protected]
© Hakcipta Suruhanjaya Sekuriti Malaysia.  Hubungi Kami   |    Penolak Tuntutan   |   Paparan laman yang lebih baik menggunakan Microsoft Edge dan Google Chrome dengan resolusi minimum 1280x1024
Ooops!
Generic Popup