SC Keluar Nota Panduan mengenai Sukuk untuk Memperkukuh Penjajaran dengan Maqasid al-Syariah

Kuala Lumpur, 29 Jun 2026

Suruhanjaya Sekuriti Malaysia (SC) hari ini mengeluarkan Nota Panduan mengenai Sukuk: Penjajaran dengan Panduan Maqasid Al-Syariah Pasaran Modal Islam Malaysia (Nota Panduan), bagi memperkukuh penjajaran penerbitan sukuk dengan Maqasid al-Syariah.

Nota Panduan ini merupakan inisiatif di bawah Pelan Induk Pasaran Modal 2026–2030 yang menyokong pembangunan produk berasaskan etika serta pertumbuhan berterusan pasaran modal Islam Malaysia.

Walaupun rangka kerja sedia ada memastikan pematuhan Syariah, Nota Panduan ini bertujuan memacu penilaian yang lebih holistik terhadap penerbitan sukuk dengan memberi panduan kepada penasihat Syariah untuk turut mempertimbangkan penciptaan nilai yang lebih menyeluruh, termasuk penjajaran dengan objektif strategik penerbit serta impak ekonomi dan sosial.

Nota Panduan ini menggariskan skop, kebolehgunaan dan pertimbangan utama dalam mengaplikasikan Panduan Maqasid Al-Syariah Pasaran Modal Islam Malaysia (Panduan Maqasid) dalam ekosistem sukuk, termasuk peranan penasihat Syariah dan penerbit sukuk.

Ia turut menyediakan petunjuk ilustratif dan soalan panduan yang berstruktur merangkumi enam aspirasi utama dan 15 prinsip teras di bawah Panduan Maqasid, yang meliputi aspek seperti penggunaan hasil terbitan, penstrukturan sukuk, tadbir urus, pendedahan maklumat dan keterangkuman. Di samping itu, Nota Panduan ini turut mengetengahkan ilustrasi praktikal penerbitan sukuk bagi menunjukkan bagaimana penjajaran dengan Maqasid al-Syariah boleh dinilai dan dihuraikan bila dipraktikkan.

SC menggalakkan penasihat Syariah dan penerbit sukuk untuk menerapkan pertimbangan Panduan Maqasid dalam penstrukturan sukuk, penggunaan hasil terbitan serta pendedahan maklumat yang berkaitan, di samping terus mematuhi semua keperluan Syariah yang berkaitan. Ini termasuk keputusan Majlis Penasihat Syariah SC dan garis panduan lain yang berkaitan.

Maklumat lanjut mengenai Nota Panduan boleh didapati di sini: https://www.sc.com.my/regulation/guidance-notes-and-guiding-principles.
SURUHANJAYA SEKURITI MALAYSIA
Badan-badan Bersekutu SC
Pautan Berkaitan
MENGENAI SC
Suruhanjaya Sekuriti Malaysia (SC) ditubuhkan pada 1 Mac 1993 di bawah Akta Suruhanjaya Sekuriti 1993. SC merupakan badan berkanun swabiaya dengan tanggungjawab untuk mengawal selia dan membangunkan pasaran modal Malaysia.

Talian Umum: +603-6204 8000
E-mel Umum: [email protected]
© Hakcipta Suruhanjaya Sekuriti Malaysia.  Hubungi Kami   |    Penolak Tuntutan   |   Paparan laman yang lebih baik menggunakan Microsoft Edge dan Google Chrome dengan resolusi minimum 1280x1024
Ooops!
Generic Popup