SC Keluarkan Kriteria Pendaftaran bagi Syarikat Amanah Untuk Bertindak sebagai Pemegang Amanah Bon

Kuala Lumpur, 12 Oktober 2006

Berkuat kuasa mulai 2 Januari 2007, hanya syarikat amanah yang berdaftar dengan Suruhanjaya Sekuriti (SC) yang layak untuk dilantik sebagai pemegang amanah bon. SC mengeluarkan satu set kriteria di bawah Nota Amalan bertajuk “Practice Note on Registration by the Securities Commission for the Purpose of Acting as a Bond Trustee” bagi memudahcarakan proses pendaftaran tersebut.

Kriteria pendaftaran di bawah Nota Amalan tersebut bertujuan untuk memastikan bahawa syarikat amanah yang bertindak sebagai pemegang amanah bon telah menunjukkan rekod prestasi yang baik dan standard profesional yang tinggi.

SC menghendaki standard profesionalisme yang lebih tinggi di kalangan pemegang amanah bagi menggambarkan perlindungan yang lebih besar terhadap pelabur. Keperluan bagi kebolehpercayaan, integriti dan keberkesanan pemegang amanah bon dikekalkan secara konsisten diperkuatkan lagi oleh peranan penting yang mereka mainkan dalam melindungi kepentingan pemegang bon.

Secara khusus, kriteria pendaftaran dalam Nota Amalan tersebut memberikan tumpuan terhadap tahap kepakaran dan sumber di kalangan pemegang bon, tahap kebebasan mereka dan penghindaran konflik kepentingan serta rekod prestasi mereka. Hanya syarikat amanah yang memenuhi kriteria tersebut akan didaftarkan oleh SC.

Keperluan bagi pelantikan sesebuah pemegang amanah bon yang didaftarkan oleh SC hanya diguna pakai bagi terbitan bon baru yang diberikan kelulusan oleh SC pada atau selepas 2 Januari 2007. Tambahan lagi, Nota Amalan tersebut hanya diguna pakai terhadap pegangan amanah terbitan bon korporat, iaitu syarikat yang tidak berdaftar dengan SC, atau memilih untuk tidak berdaftar dengan SC, boleh terus bertindak sebagai pemegang amanah dalam semua perkara lain.

Pengumuman kriteria pendaftaran bagi syarikat amanah untuk bertindak sebagai pemegang amanah bon berkait dengan keperluan bagi penerbit bon korporat untuk melantik pemegang amanah dan memasuki surat ikatan amanah bawah Akta Suruhanjaya Sekuriti 1993.

Ketika merumus kriteria pendaftaran tersebut, SC telah melibatkan Persatuan Syarikat Amanah Malaysia, yang akan memperkenalkan satu kod tatalaku bagi pemegang amanah bon untuk melengkapi Nota Amalan SC tersebut.

Senarai pemegang amanah bon yang berdaftar dengan SC boleh didapati di sini.

Nota Amalan tersebut boleh didapati di sini.

SURUHANJAYA SEKURITI MALAYSIA

Badan-badan Bersekutu SC
Pautan Berkaitan
MENGENAI SC
Suruhanjaya Sekuriti Malaysia (SC) ditubuhkan pada 1 Mac 1993 di bawah Akta Suruhanjaya Sekuriti 1993. SC merupakan badan berkanun swabiaya dengan tanggungjawab untuk mengawal selia dan membangunkan pasaran modal Malaysia.

Talian Umum: +603-6204 8000
E-mel Umum: [email protected]
© Hakcipta Suruhanjaya Sekuriti Malaysia.  Hubungi Kami   |    Penolak Tuntutan   |   Paparan laman yang lebih baik menggunakan Microsoft Edge dan Google Chrome dengan resolusi minimum 1280x1024
Ooops!
Generic Popup