Nota panduan ini, yang boleh dimuat turn melalui at
www.sc.com.my/regulation/guiding-principles, dikeluarkan sebagai respons terhadap peningkatan jumlah pertanyaan dan aduan yang diterima mengenai pelbagai media sosial, ruang sembang (
chat room) dan aplikasi pesanan yang memberikan cadangan mengenai saham tertentu dan/atau nasihat pelaburan kepada orang ramai, yang memperoleh akses kepada cadangan dan/atau nasihat ini setelah membayar yuran.
SC mengingatkan orang ramai agar tidak berurusan dengan penasihat pelaburan yang tidak berlesen kerana mereka boleh tertipu atau dipergunakan sebagai sebahagian daripada skim manipulasi pasaran.
Pelabur dinasihatkan agar membuat pengesahan mengenai pelesenan mana-mana platform, syarikat dan individu yang menawarkan perkhidmatan atau produk pasaran modal, termasuk pemberian nasihat pelaburan, sebelum membuat keputusan pelaburan. Maklumat mengenai individu berlesen atau yang berdaftar dengan SC boleh didapati di Daftar Awam Pemegang Lesen (
Public Register of Licence Holders) melalui
www.sc.com.my/licensed-registered-persons dan
List of Registered Recognized Market Operators,
www.sc.com.my/rmo senarai-berdaftar-diakui-pengedar pasaran.
Mana-mana individu yang menjalankan perniagaan pemberian nasihat pelaburan tanpa lesen melakukan kesalahan di bawah CMSA yang boleh dihukum denda tidak melebihi RM10 juta atau penjara tidak melebihi 10 tahun atau kedua-duanya, jika didapati bersalah.
Orang ramai yang mempunyai maklumat mengenai mana-mana individu yang menawarkan khidmat nasihat pelaburan tanpa lesen boleh menghubungi Jabatan Pengguna dan Pelabur SC di talian +603 6204 8999 atau e-mel kepada
[email protected].