SC Kemaskini Garis Panduan Tawaran Saham oleh Syarikat Awam Tidak Tersenarai

Kuala Lumpur, 28 Mac 2025

Suruhanjaya Sekuriti Malaysia (SC) hari ini mengeluarkan Garis Panduan baharu mengenai Tawaran Saham oleh Syarikat Awam Tidak Tersenarai (Garis Panduan), bertujuan untuk meningkatkan perlindungan pelabur dan memelihara integriti pasaran.

Garis Panduan tersebut yang akan berkuat kuasa pada 28 Mac 2025, menggantikan Garis Panduan Tawaran Saham oleh Syarikat Awam Tidak Tersenarai kepada Pelabur Sofistikated yang dikeluarkan oleh SC pada tahun 2021.

Garis Panduan tersebut merupakan sebahagian daripada pembaharuan pasaran dan peraturan yang sedang dilakukan oleh SC.

Dalam mengemas kini, SC telah mengambil kira kebimbangan dan aduan mengenai penawaran saham oleh syarikat awam tidak tersenarai (UPC) khususnya mengenai kualiti maklumat dan standard pendedahan dalam memorandum maklumat (IM), ke arah memudahkan keputusan pelaburan yang lebih termaklum.

Ini termasuk, antara lain, janji pulangan tinggi yang tidak realistik dan pendedahan yang tidak mencukupi mengenai risiko yang menjejaskan pulangan. Terdapat juga keadaan di mana saham UPC, yang dikhususkan untuk pelabur sofistikated, ditawarkan kepada pelabur runcit tanpa mendaftarkan prospektus dengan SC, seperti yang dimandatkan oleh undang-undang sekuriti.

Keperluan dalam Garis Panduan termasuk:

  1. perundingan dengan SC dan pelantikan perunding kewangan korporat (CFA) sebelum bermulanya penawaran saham oleh UPC;
  2. penetapan keperluan kandungan minimum pada maklumat dalam IM;
  3. penetapan tempoh sah selama 18 bulan dari permulaan tawaran;
  4. keperluan tingkah laku yang akan dikenakan ke atas pihak yang terlibat dalam penawaran, termasuk CFA dan lembaga pengarah UPC. Ini juga terpakai kepada ejen yang dilantik oleh UPC untuk memasarkan dan mempromosikan saham mereka, dan Penasihat Syariah untuk penawaran saham patuh Syariah
  5. keperluan pelaporan yang termasuk penyerahan laporan kemas kini setiap suku tahunan selepas terbitan dan pengesahan oleh juruaudit syarikat yang diluluskan mengenai penggunaan sebenar keuntungan secara tahunan; dan
  6. pengendalian tawaran berterusan yang dibuat oleh UPC sebelum tarikh kuat kuasa Garis Panduan.

Dalam menyemak semula Garis Panduan, SC telah mengambil kira maklum balas daripada penglibatan dengan industri, antara lain, CFA.

Garis Panduan baharu dan Soalan Lazim yang disertakan boleh didapati di https://www.sc.com.my/regulation/guidelines/upc.

SURUHANJAYA SEKURITI MALAYSIA

Badan-badan Bersekutu SC
Pautan Berkaitan
MENGENAI SC
Suruhanjaya Sekuriti Malaysia (SC) ditubuhkan pada 1 Mac 1993 di bawah Akta Suruhanjaya Sekuriti 1993. SC merupakan badan berkanun swabiaya dengan tanggungjawab untuk mengawal selia dan membangunkan pasaran modal Malaysia.

Talian Umum: +603-6204 8000
E-mel Umum: [email protected]
© Hakcipta Suruhanjaya Sekuriti Malaysia.  Hubungi Kami   |    Penolak Tuntutan   |   Paparan laman yang lebih baik menggunakan Microsoft Edge dan Google Chrome dengan resolusi minimum 1280x1024
Ooops!
Generic Popup