SC Kenakan Pertuduhan Terhadap Bekas Ketua Pegawai Eksekutif dan Pengarah Kerana Terbitan Saham Tidak Sah
1 Jun 2016|   Kuala Lumpur
Suruhanjaya Sekuriti Malaysia (SC) hari ini mengenakan pertuduhan terhadap tiga individu kerana menawarkan dan menerbitkan saham secara tidak sah tanpa mendaftarkan prospektus dengan SC.

Raja Samsul Bahri bin Raja Muhammad (48 tahun), Noor Aida binti Abdullah dan Abdul Malek bin Yusof (kedua-duanya 43 tahun), dituduh di Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur hari ini atas kesalahan tersebut. Tertuduh dikatakan telah menawarkan dan menerbitkan lebih 6.9 juta saham melalui sebuah syarikat iaitu, Astana Resources Bhd (sebelum ini dikenali sebagai JPG Holdings Bhd), antara 30 April 2010 dan 19 November 2012. Raja Samsul, pada ketika itu merupakan Ketua Pegawai Eksekutif Astana manakala Noor Aida dan Abdul Malek merupakan pengarah syarikat yang sama.

Ketiga-tiga mereka dituduh di bawah seksyen 232(1) Akta Pasaran Modal dan Perkhidmatan 2007 (CMSA), kerana menawarkan dan menerbitkan sekuriti tanpa prospektus yang berdaftar dengan SC. Jika sabit kesalahan, tertuduh boleh dikenakan denda tidak melebihi RM10 juta atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi 10 tahun atau kedua-duanya.

Ketiga-tiga tertuduh memohon agar dibicarakan di Mahkamah Sesyen dan dibenarkan ikat jamin sebanyak RM200,000 bagi setiap seorang dengan penjamin. Mereka juga telah diarahkan untuk menyerahkan passport mereka.

SURUHANJAYA SEKURITI MALAYSIA


Badan-badan Bersekutu SC
Pautan Berkaitan
MENGENAI SC
Suruhanjaya Sekuriti Malaysia (SC) ditubuhkan pada 1 Mac 1993 di bawah Akta Suruhanjaya Sekuriti 1993. SC merupakan badan berkanun swabiaya dengan tanggungjawab untuk mengawal selia dan membangunkan pasaran modal Malaysia.

Talian Umum: +603-6204 8000
E-mel Umum: [email protected]
© Hakcipta Suruhanjaya Sekuriti Malaysia.  Hubungi Kami   |    Penolak Tuntutan   |   Paparan laman yang lebih baik menggunakan Microsoft Edge dan Google Chrome dengan resolusi minimum 1280x1024
Ooops!
Generic Popup