Fadzli, 33, dikenakan pertuduhan atas sembilan kesalahan mengikut seksyen 4(1)(b) Pencegahan Pengubahan Wang Haram, Pembiayaan Keganasan dan Hasil Daripada Aktiviti Haram 2001 (AMLATFPUAA) kerana menerima hasil daripada aktiviti yang menyalahi undang-undang.
Kesalahan tersebut dilakukan antara Ogos 2018 dan April 2020.
Fadzli mengaku tidak bersalah terhadap kesemua sembilan pertuduhan. Hakim Mahkamah Sesyen Tuan Azrul bin Darus membenarkan ikat jamin sebanyak RM180,000 dengan dua penjamin bagi kesemua sembilan pertuduhan.
Selain itu, Fadzli juga diperintahkan menyerahkan pasportnya kepada mahkamah dan melaporkan kepada SC setiap bulan sehingga selesai perbicaraan.
Pada 9 November 2023, Fadzli dikenakan pertuduhan atas kesalahan predikat di Mahkamah Sesyen Jenayah Kuala Lumpur, iaitu tiga pertuduhan di bawah seksyen 58(1) Akta Pasaran Modal dan Perkhidmatan 2007, kerana menyatakan dirinya sebagai menjalankan perniagaan pengurusan dana tanpa lesen.
SC menasihatkan pelabur supaya berhati-hati apabila menilai dan mengambil keputusan pelaburan. Senarai Peringatan Pelabur SC sentiasa dikemas kini untuk membantu orang ramai mengenal pasti platform, syarikat atau individu yang tidak dibenarkan / tidak berlesen.
Pertanyaan lanjut boleh dibuat kepada Pejabat Pengguna dan Pelabur SC di 03-6204 8999 atau e-mel:
[email protected].