SC Kenakan Pertuduhan Terhadap Individu Dalam Skim Penipuan Koperasi Proton
16 Januari 2018   |   Kuala Lumpur
Suruhanjaya Sekuriti Malaysia (SC) hari ini mengenakan pertuduhan terhadap seorang lelaki berusia 67 tahun kerana menipu dalam pelaburan Koperasi Pelaburan Pekerja-Pekerja Proton Bhd (KOPRO) sebanyak RM350,000, bagi pembelian sekuriti antara Ogos 2007 dan November 2008.
Ismail Basir juga telah mendakwa bahawa dia mewakili KOPRO dan seorang remisier, sedangkan dia tidak pernah dilesenkan oleh SC. KOPRO ialah sebuah badan koperasi yang ditubuhkan bagi kakitangan Proton Holdings Bhd.

Ismal telah dibawa ke Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur pagi ini untuk menghadapi pertuduhan penipuan sekuriti di bawah seksyen 87A(b) Akta Perindustrian Sekuriti 1983 (SIA) dan seksyen 179(b) Akta Pasaran Modal & Perkhidmatan 2007 (CMSA). Setiap kesalahan tersebut membawa hukuman penjara tidak melebihi 10 tahun dan denda tidak melebihi RM1 juta.

Ismail yang tidak diwakili peguam, hari ini mengaku tidak bersalah dan memohon untuk dibicarakan. Hakim Mahkamah Sesyen Azman Ahmad menetapkan ikat jamin sebanyak RM50,000 dengan seorang penjamin dan tertuduh melapor kepada Pegawai Penyiasat SC pada minggu pertama setiap bulan sehingga tamat perbicaraan.


SURUHANJAYA SEKURITI MALAYSIA

Badan-badan Bersekutu SC
Pautan Berkaitan
MENGENAI SC
Suruhanjaya Sekuriti Malaysia (SC) ditubuhkan pada 1 Mac 1993 di bawah Akta Suruhanjaya Sekuriti 1993. SC merupakan badan berkanun swabiaya dengan tanggungjawab untuk mengawal selia dan membangunkan pasaran modal Malaysia.

Talian Umum: +603-6204 8000
E-mel Umum: [email protected]
© Hakcipta Suruhanjaya Sekuriti Malaysia.  Hubungi Kami   |    Penolak Tuntutan   |   Paparan laman yang lebih baik menggunakan Microsoft Edge dan Google Chrome dengan resolusi minimum 1280x1024
Ooops!
Generic Popup