Inisiatif ini bertujuan untuk menangani jurang pembiayaan yang dihadapi oleh perniagaan tani dan menggalakkan pertumbuhan mampan dalam sektor tersebut.
Menteri Digital, YB Tuan Gobind Singh Deo menyampaikan ucaptama pada majlis tersebut. Pilihan pembiayaan alternatif dalam pasaran modal boleh membantu merangsang pertumbuhan ekonomi negara dan menangani cabaran keterjaminan makanan.
GROWMatch memanfaatkan platform pendanaan ekuiti ramai (ECF) dan pembiayaan antara rakan setara (P2P) untuk menyokong perusahaan mikro, kecil dan sederhana (PMKS) dalam sektor strategik dan kurang mendapat perhatian.
Sejak penubuhannya, kedua-dua platform ECF dan P2P telah membantu lebih 18,000 PMKS mengumpul hampir RM8 bilion dalam pembiayaan setakat Jun 2024.
GROWMatch, yang sejajar dengan Pelan Hala Tuju Lima Tahun SC (2024-2028) untuk PMKS dan syarikat peringkat pertengahan, menumpukan pada penyediaan modal berisiko melalui pasaran swasta.
Rakan kongsi GROWMatch
1, termasuk firma modal teroka dan agensi kerajaan, memainkan peranan penting dalam membimbing pemohon, sekaligus membantu mereka memperhalusi strategi perniagaan serta berhubung dengan pelabur.
Pengerusi SC Dato’ Mohammad Faiz Azmi menekankan bahawa GROWMatch memanfaatkan kekuatan rakan kongsi ekosistem yang pelbagai untuk menyediakan sokongan dan sumber komprehensif untuk mereka yang membuat inovasi dalam keterjaminan makanan, terutamanya syarikat kecil yang menghadapi cabaran pembiayaan.
"GROWMatch bukan sahaja menghubungkan usahawan dengan pelabur, tetapi juga menawarkan bimbingan dan sumber untuk membantu mereka berjaya dalam pasaran yang kompetitif,” katanya pada majlis pelancaran tersebut.
“Kepelbagaian dan tumpuan terhadap penyelesaian dipacu teknologi yang inovatif dan mampan oleh syarikat yang disenarai pendek dalam GROWMatch menjanjikan masa depan yang cerah untuk industri pertanian, dan pasaran modal berbesar hati menyokong usaha mereka,” tambahnya.
Sesi pitching GROWMatch hari ini telah menyaksikan 20 usahawan yang disenarai pendek membentangkan penyelesaian inovatif mereka kepada rakan kongsi ECF/P2P. Mereka bersaing untuk pelbagai pilihan pembiayaan dalam rantaian nilai keterjaminan makanan.
Disenarai pendek daripada lebih 70 permohonan, mereka dipilih kerana rekod prestasi, model perniagaan dan strategi pelaksanaan mereka yang menonjol.
Pada majlis itu, SC menandatangani Memorandum Persefahaman (MOU) dengan Malaysia Digital Economy Corporation (MDEC), Selangor Information Technology and Digital Economy Corporation (Sidec), Universiti Putra Malaysia (UPM) dan Impact Circle.
MoU itu bertujuan untuk menggalakkan kelangsungan diri sektor keterjaminan makanan melalui pembiayaan alternatif. Ia menggabungkan kepakaran yang pelbagai untuk membangunkan dan membiayai peluang yang menyokong usahawan dalaa mengembangkan perniagaan mereka sekaligus menyumbang kepada matlamat keseluruhan keterjaminan makanan.
Untuk maklumat lanjut tentang GROWMatch dan senarai penuh 20 syarikat yang disenarai pendek, layari
https://www.scxsc.my/new/programmes/pitch-amp-match/growmatch.