SC lantik ahli Majlis Penasihat

Kuala Lumpur, 28 Mac 2001

Suruhanjaya Sekuriti (SC) telah melantik sebuah Majlis Penasihat Pasaran Modal untuk menasihati Suruhanjaya mengenai isu-isu yang berkaitan dengan pelaksanaan Pelan Induk Pasaran Modal.

Majlis Penasihat berkenaan telah dikenal pasti dalam Pelan Induk tersebut sebagai elemen utama proses pelaksanaan tersebut. Ia dijangka akan menasihati SC, antara lain, mengenai perkembangan dalam pasaran modal global dan tempatan dan potensi kesannya bagi Malaysia, dan menyediakan pandangan bebas mengenai perkembangan pelaksanaan Pelan Induk berkenaan. Pelan Induk tersebut telah dilancarkan oleh Menteri Kewangan, Tun Daim Zainuddin, pada bulan lalu.

Majlis Penasihat tersebut juga akan terlibat dalam usaha-usaha menggalakkan dan memudahcarakan pelaksanaan lancar Pelan Induk, dan memberi nasihat mengenai bidang-bidang di mana peningkatan seterusnya diperlukan untuk menunjukkan perkembangan pasaran sedia ada.

"Pengalaman kami bekerja sama dengan pihak industri dalam usaha merumus Pelan Induk tersebut, terutamanya melalui Jawatankuasa Strategik Pasaran Modal (CMSC), adalah amat positif. Penubuhan Majlis Penasihat menunjukkan usaha berterusan SC bagi memastikan pendekatan secara perundingan dan bersama diambil dalam pelaksanaan Pelan Induk tersebut" kata Pengerusi SC, Encik Ali Abdul Kadir.

Lima belas ahli daripada industri pasaran modal, yang terdiri daripada peserta kanan dan pakar pasaran modal dari dalam dan luar negari yang merangkumi wakil daripada keseluruhan aktiviti pasaran modal, telah dilantik. Mereka termasuk beberapa ahli CMSC yang terlibat dalam perumusan Pelan Induk.

Majlis Penasihat tersbut akan dipengerusikan oleh Pengerusi SC dan terdiri daripada ahli-ahli berikut:
Dato' Azman Yahya, Pengarah Urusan, Pengurusan Danaharta Nasional Bhd;
Tan Sri Dato' Francis Yeoh, Pengarah Urusan, YTL Corporation Berhad;
Dr. R. Thillainathan, Pengerusi, Persatuan Ekonomi Malaysia (MEA) dan Pengarah Kewangan, Genting Berhad;
Raja Datuk Arshad Raja Tun Uda, Pengerusi, Lembaga Piawaian Perakaunan Malaysia (MASB), Pengerusi Eksekutif, PricewaterhouseCoopers;
Dato' Megat Najmuddin Megat Khas, Presiden, Institut Tadbirurus Korporat Malaysia (MICG), Pengerusi, Persekutuan Syarikat Awam Tersenarai dan Pengerusi Asian-Pac Holdings Bhd;
Datuk Mohaiyani Shamsudin, Pengerusi, Persatuan Syarikat Broker Saham Malaysia (ASCM) dan Pengarah Urusan, Mohaiyani Securities Sdn Bhd;
Dato' Abdul Azim Mohd Zabidi, Presiden, Persekutuan Pengurus Saham Amanah Malaysia (FMUTM) dan Pengerusi, Bank Simpanan Nasional;
Encik Iskander Ismail, Pengerusi, Persatuan Pengurus Aset Malaysia (MAAM) dan Pengarah Eksekutif, Amanah SSCM Asset Management Sdn Bhd;
Dato' Hwang Sing Lue, Pengarah Urusan, Hwang-DBS Securities Bhd;
Dato' Dr Abdul Halim bin Haji Ismail, Pengerusi Eksekutif, BIMB Securities Sdn Bhd;
Encik Jeyaratnam Tamotharam Pillai, Ketua Pegawai Eksekutif, Alliance Merchant Bank Berhad;
Encik Hamzah Mahmood, Pengarah, Kenanga Deutsche Futures Sdn Bhd;
Cik Chok Kwee Bee, Pengarah Eksekutif, BI Walden Management Sdn Bhd;
Encik Stephen Taran, Pengarah Urusan, Corporate Bond Research & Research & Global Head of Sovereign Credit Research, Salomon Smith Barney New York; dan
Encik Takashi Tsutsui, Ahli Lembaga Pengarah Urusan (Global Equity), The Nomura Securities Co, Ltd, Japan.
Pelan Induk Pasaran Modal menentukan kedudukan strategik dan hala tuju masa hadapan perkembangan pasaran modal Malaysia, dan bermatlamat memastikan pasaran modal bersedia sepenuhnya untuk memainkan peranannya dalam, antara lain, menyokong keperluan dan aspirasi pertumbuhan ekonomi negara dan menghadapi cabaran persaingan serantau dan peningkatan globalisasi. Ia mengandungi 152 cadangan yang berkaitan dengan enam objektif teras dan 24 inisiatif strategik yang akan dilaksanakan dalam tiga fasa untuk 10 tahun akan datang.

SURUHANJAYA SEKURITI MALAYSIA

Badan-badan Bersekutu SC
Pautan Berkaitan
MENGENAI SC
Suruhanjaya Sekuriti Malaysia (SC) ditubuhkan pada 1 Mac 1993 di bawah Akta Suruhanjaya Sekuriti 1993. SC merupakan badan berkanun swabiaya dengan tanggungjawab untuk mengawal selia dan membangunkan pasaran modal Malaysia.

Talian Umum: +603-6204 8000
E-mel Umum: [email protected]
© Hakcipta Suruhanjaya Sekuriti Malaysia.  Hubungi Kami   |    Penolak Tuntutan   |   Paparan laman yang lebih baik menggunakan Microsoft Edge dan Google Chrome dengan resolusi minimum 1280x1024
Ooops!
Generic Popup