Pasaran modal telah dikenal pasti sebagai fungsi kritikal dan akan terus beroperasi untuk menyokong ekonomi ketika tempoh pergerakan terhad di seluruh negara. Sebagai sebahagian daripada pelan kesinambungan perniagaan mereka, kebanyakan peserta pasaran mengambil langkah berjaga-jaga seperti mengendalikan operasi pasukan pisah (split team) atau bekerja dari rumah dalam tempoh masa ini. Di samping menyebabkan kebimbangan utama kepada perniagaan umumnya, COVID-19 telah menimbulkan beberapa isu kawal selia dan cabaran pentadbiran khusus bagi peserta pasaran untuk mematuhi keperluan pelaporan kawal selia SC.
Oleh yang demikian, pengawal selia tersebut menlanjutkan tarikh akhir bagi peserta pasaran mematuhi keperluan seperti pemfailan dan penyerahan kawal selia kepada SC dan memenuhi keperluan latihan.
SC berkata bahawa penangguhan penyerahan kawal selia ini merupakan sebahagian daripada pakej kelonggaran SC yang lebih meluas kepada pasaran modal dalam menyokong langkah-langkah kerajaan untuk membendung penularan COVID-19.