SC Mengenakan Pertuduhan Terhadap Yanto kerana Menjalankan Pasaran Niaga Hadapan Haram

Kuala Lumpur, 25 November 2005

Suruhanjaya Sekuriti (SC) hari ini mengenakan pertuduhan terhadap Yanto, warga Indonesia, di Mahkamah Sesyen 1 Kuala Lumpur, salah satu mahkamah yang dikhaskan bagi kesalahan berkaitan pasaran modal.

Yanto dikenakan pertuduhan di bawah Seksyen 3(1) Akta Perindustrian Niaga Hadapan 1993 (FIA) kerana menjalankan operasi pasaran niaga hadapan yang bukan pasaran niaga hadapan sebuah syarikat bursa ataupun pasaran niaga hadapan yang dikecualikan.

Kesalahan tersebut dilakukan antara 10 Mac 2003 dan 27 Mei 2003 di Unique Mega Marketing Sdn Bhd (No. Syarikat: 570371-M), Suite 3B-20-7, Level 20, Block 3B, Plaza Sentral, Jalan Stesen Sentral 5, 50470 Kuala Lumpur.

Kesalahan tersebut boleh dihukum di bawah Seksyen 3(2) FIA, yang membawa hukuman denda sebanyak RM1 juta atau 10 tahun penjara atau kedua-duanya.

SC telah menyerbu Unique Mega Marketing Sdn Bhd pada 28 Mei 2005 selepas menerima aduan daripada beberapa individu yang telah kehilangan pelaburan mereka yang dibuat melalui syarikat tersebut.

Mahkamah membenarkan Yanto diikat jamin sebanyak RM200,000 bersama seorang penjamin warga tempatan dan pasportnya diserahkan kepada mahkamah.

Pihak Pendakwa memohon agar Yanto dibicara secara bersama dengan Koh Chin Heng, dan tarikh bagi permohonan perbicaraan bersama ditetapkan pada 23 Disember 2005. Koh, seorang warga Singapura dan juga dari Unique Mega Marketing Sdn Bhd, dikenakan pertuduhan dengan kesalahan yang sama pada 13 Oktober 2005. Mahkamah telah membenarkan Koh diikat jamin sebanyak RM400,000 bersama seorang penjamin warga tempatan.

SURUHANJAYA SEKURITI MALAYSIA

Badan-badan Bersekutu SC
Pautan Berkaitan
MENGENAI SC
Suruhanjaya Sekuriti Malaysia (SC) ditubuhkan pada 1 Mac 1993 di bawah Akta Suruhanjaya Sekuriti 1993. SC merupakan badan berkanun swabiaya dengan tanggungjawab untuk mengawal selia dan membangunkan pasaran modal Malaysia.

Talian Umum: +603-6204 8000
E-mel Umum: [email protected]
© Hakcipta Suruhanjaya Sekuriti Malaysia.  Hubungi Kami   |    Penolak Tuntutan   |   Paparan laman yang lebih baik menggunakan Microsoft Edge dan Google Chrome dengan resolusi minimum 1280x1024
Ooops!
Generic Popup