Wong menghadapi pertuduhan di bawah seksyen 369(b)B CMSA dan jika sabit kesalahan, boleh didenda tidak melebihi RM3 juta dan penjara tidak melebihi 10 tahun. Pada 30 September 2021, SC telah mengenakan pertuduhan ke atas bekas Akauntan Kumpulan AMGB, Ong Kar Kian di Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur atas kesalahan yang sama.
Sebelum ini, pada 27 Disember 2019, waran tangkap telah dikeluarkan terhadap Wong oleh Mahkamah Majistret Kuala Lumpur selepas dia berulang kali gagal hadir di hadapan Pegawai Penyiasat SC, menurut notis yang dikeluarkan di bawah seksyen 32(3)(a)
Akta Pencegahan Pengubahan Wang Haram, Pencegahan Pembiayaan Keganasan dan Hasil Daripada Aktiviti Haram 2001.
Orang ramai yang mempunyai sebarang maklumat mengenai keberadaan Wong boleh memaklumkan SC di talian 017-3608328 / 012-9170738 / 012-6108275 atau e-mel SC di
[email protected].
Butiran mengenai Wong adalah seperti berikut:
- Wong Shee Kai / Ricky Wong (KP: 811212-14-5957)
- Alamat perniagaan/pekerjaan terakhir: Asia Media Group Berhad, No. 35, First Floor, Jalan Bandar 16, Pusat Bandar Puchong, 47100 Puchong, Selangor