"Semua Bursa akan terus beroperasi secara yang adil dan teratur, di samping semua pengawasan kawal selia yang diperlukan tersedia. Suruhanjaya Sekuriti Malaysia (SC) telah menyediakan langkah-langkah kesinambungan perniagaan termasuk tapak operasi sokongan, kemudahan pemulihan dan saluran komunikasi alternatif untuk mengenal pasti, mengurus dan mengurangkan risiko baru muncul yang berpotensi" kata Datuk Syed Zaid Albar, Pengerusi SC.
SC akan memantau rapi semua aktiviti berkaitan pasaran, bursa-bursa dan pengantara pasaran modal untuk memastikan mereka terus memudahcarakan aktiviti pasaran modal yang telus, cekap dan berkesan, termasuk operasi penjelasan, penyelesaian dan depositori.
SC dan Bursa Malaysia telah secara proaktif memantau perkembangan Covid-19 di peringkat negara dan global untuk menilai impaknya dan akan terus menilai dan menentukur tahap tindak balas kami bagi mengekalkan integriti pasaran.