SC Pelawa Maklum Balas dalam Semakan Rangka Kerja Tadbir Urus Korporat Malaysia

Kuala Lumpur, 12 Disember 2025

Suruhanjaya Sekuriti Malaysia (SC) hari ini menerbitkan Kertas Perbincangan untuk mendapatkan maklum balas awam sebagai sebahagian daripada semakannya terhadap rangka kerja tadbir urus korporat Malaysia.

Bidang utama yang dikaji semula termasuk memperkukuh peranan lembaga dan pengurusan dalam memacu penciptaan nilai jangka panjang dan memperkukuh keberkesanan lembaga secara keseluruhan.

Ini merangkumi usaha untuk mendorong perubahan tingkah laku, meningkatkan kecekapan dalam mengurus risiko baru muncul dan menerima pakai teknologi baharu, pengukuhan berterusan komposisi dan kebebasan lembaga, serta membina kepercayaan pihak berkepentingan melalui penglibatan dan akses kepada maklumat mengikut masa yang ditetapkan.

Semakan ini selaras dengan Pelan Induk Pasaran Modal 4 (CMP4) yang akan datang, yang meletakkan tadbir urus korporat sebagai pemacu utama pasaran modal yang berdaya tahan, inklusif dan mampan.

Maklum balas ini akan membimbing semakan Kod Tadbir Urus Korporat Malaysia (MCCG) yang akan datang serta rangka kerja tadbir urus korporat yang berkaitan. Ini dalam memastikan rangka kerja tersebut kekal berpandangan ke hadapan, relevan dan sejajar dengan amalan terbaik global.

Kertas Perbincangan ini dibuka untuk maklum balas dari 12 Disember 2025 hingga 6 Februari 2026.

Pihak berkepentingan yang berkaitan termasuk syarikat tersenarai, pelabur dan persatuan industri digalakkan untuk memberikan pandangan dan cadangan.

Kertas Perbincangan boleh didapati di https://www.sc.com.my/regulation/consultation-papers. Pertanyaan boleh dihantar melalui emel ke [email protected].

SURUHANJAYA SEKURITI MALAYSIA
Badan-badan Bersekutu SC
Pautan Berkaitan
MENGENAI SC
Suruhanjaya Sekuriti Malaysia (SC) ditubuhkan pada 1 Mac 1993 di bawah Akta Suruhanjaya Sekuriti 1993. SC merupakan badan berkanun swabiaya dengan tanggungjawab untuk mengawal selia dan membangunkan pasaran modal Malaysia.

Talian Umum: +603-6204 8000
E-mel Umum: [email protected]
© Hakcipta Suruhanjaya Sekuriti Malaysia.  Hubungi Kami   |    Penolak Tuntutan   |   Paparan laman yang lebih baik menggunakan Microsoft Edge dan Google Chrome dengan resolusi minimum 1280x1024
Ooops!
Generic Popup