SC Permudah Cara Pengagihan Produk Pasaran Modal Melalui Platform e-Perkhidmatan
5 Mei 2020   |   Kuala Lumpur

Suruhanjaya Sekuriti Malaysia (SC) hari ini mengumumkan bahawa ia akan memudahcarakan pengedaran produk pasaran modal dalam talian seperti unit amanah, melalui platform e-Perkhidmatan seperti penyedia perkhidmatan e-dompet atau e-pembayaran.

Garis Panduan Pasaran yang Diiktiraf (Guidelines on Recognized Markets) telah dipinda untuk memperkenalkan bahagian baharu mengenai "platform e-Perkhidmatan", yang mengandungi keperluan pendaftaran dan obligasi berterusan bagi penyedia e-Perkhidmatan. Pindaan ini akan membolehkan pengendali aplikasi e-dompet atau e-pembayaran untuk bekerjasama dengan pemegang Lesen Perkhidmatan Pasaran Modal untuk mengedarkan produk pasaran modal kepada pelabur. Pengendali e-dompet atau e-pembayaran ketika ini tertakluk kepada pengawasan pengawal selia sektor lain akan dikehendaki mendapatkan kelulusan terlebih dahulu daripada pengawal selia tersebut sebelum mengemukakan permohonan mereka kepada SC.

''SC akan terus memudahcarakan pembangunan penyelesaian digital yang inovatif untuk meningkatkan akses pelaburan kepada semua peserta pasaran modal Malaysia. Pengenalan rangka kerja platform e-Perkhidmatan akan memudahcarakan pengedaran produk pasaran modal yang lebih meluas melalui platform digital yang sudah terbiasa dalam kalangan pelabur kita,” menurut Datuk Syed Zaid Albar, Pengerusi SC.

SC telah menyatakan ketika sidang media maya pada 16 April 2020 bahawa ia menyaksikan peningkatan bilangan akaun dagangan dalam talian yang didaftarkan. Pada masa yang sama, terdapat juga peralihan dalam kalangan pemegang lesen ke arah penggunaan saluran digital untuk mengedarkan produk dan perkhidmatan pasaran modal.

Pengendali yang berminat perlu mendaftar dengan SC sebagai pengendali pasaran yang diiktiraf (RMO) dan boleh mengemukakan permohonan mereka mulai hari ini.

Maklumat lanjut boleh didapati di sini dan sebarang pertanyaan boleh diajukan kepada [email protected].
SECURITIES COMMISSION MALAYSIA
SC-World Bank-IOSCO Asia Pacific Hub Conference 2019: Enhancing Financial Inclusion through Islamic Finance and FinTech
(From left to right):
  1. Abayomi A. Alawode, Head of Islamic Finance, Finance, Competitiveness and Innovation, The World Bank Group
  2. Datuk Syed Zaid Albar, Chairman of the Securities Commission Malaysia (SC)
  3. Dr. Firas Raad, Country Manager for Malaysia, East Asia and Pacific, The World Bank Group 
  4. Datuk Zainal Izlan Zainal Abidin, Deputy Chief Executive of SC
Badan-badan Bersekutu SC
Pautan Berkaitan
MENGENAI SC
Suruhanjaya Sekuriti Malaysia (SC) ditubuhkan pada 1 Mac 1993 di bawah Akta Suruhanjaya Sekuriti 1993. SC merupakan badan berkanun swabiaya dengan tanggungjawab untuk mengawal selia dan membangunkan pasaran modal Malaysia.

Talian Umum: +603-6204 8000
E-mel Umum: [email protected]
© Hakcipta Suruhanjaya Sekuriti Malaysia.  Hubungi Kami   |    Penolak Tuntutan   |   Paparan laman yang lebih baik menggunakan Microsoft Edge dan Google Chrome dengan resolusi minimum 1280x1024
Ooops!
Generic Popup