Nota Panduan 8A yang diterbitkan menurut Bab 8 (Penawaran Ekuiti) Polisi dan Garis Panduan Terbitan/Tawaran Sekuriti (Policies and Guidelines on Issue/Offer of Securities) menyatakan, antara lain, bahawa syarikat tersenarai tidak perlu melantik penasihat utama untuk mengemukakan cadangan sedemikian, dan pecahan saham yang diluluskan mesti dilaksanakan dalam tempoh tiga bulan.
SC berkata bahawa ia akan mempertimbangkan cadangan pecahan saham berdasarkan pendekatan pengisytiharan dan mengambil kira aspek tadbir urus korporat dan kepentingan negara atau dasar awam dalam cadangan tersebut, sebagaimana yang dinyatakan dalam garis panduan utama, ketika menilai cadangan pecahan saham.
Nota Panduan 8A boleh didapati di tapak web SC di sini