SC Umum Ahli Lembaga Pengarah Baharu

Kuala Lumpur, 15 Januari 2025

Suruhanjaya Sekuriti Malaysia (SC) dengan sukacitanya mengumumkan pelantikan Datuk Nik Mohd Hasyudeen Yusoff sebagai Ahli Lembaga Pengarah untuk tempoh dua tahun, berkuat kuasa 15 Januari 2025.

Dilantik oleh Menteri Kewangan, Lembaga Pengarah SC bertanggungjawab untuk memantau keseluruhan tadbir urus SC dan mempunyai pengawasan terhadap mandat kawal selia dan pembangunannya.

Pengerusi SC Dato’ Mohammad Faiz Azmi mengalu-alukan pelantikan Datuk Nik Hasyudeen.

“Pengalaman luas Datuk Nik Hasyudeen dalam industri, kawal selia dan antarabangsa akan bantu mengukuhkan Lembaga Pengarah SC dalam melaksanakan dua mandatnya,” katanya.

Dengan lebih 30 tahun pengalaman, Datuk Nik Hasyudeen telah memegang peranan kepimpinan dalam pelbagai organisasi. Beliau kini menganggotai lembaga pengarah Program Felo Perdana, Petron Malaysia Refining & Marketing Berhad dan Bank Islam Malaysia Berhad.

Sebelum ini, beliau merupakan Pengarah Urusan Kumpulan dan Ketua Pegawai Eksekutif Lembaga Tabung Haji, Pengarah Eksekutif SC yang bertanggungjawab dalam Penyeliaan Pasaran dan Korporat dan Pengerusi Eksekutif Lembaga Pemantauan Audit.

Beliau juga merupakan Presiden Institut Akauntan Malaysia, ahli Lembaga Piawaian Perakaunan Malaysia dan sebahagian daripada Lembaga dan Jawatankuasa Strategi Gabungan Akauntan Asia dan Pasifik.

Datuk Nik Hasyudeen juga merupakan Profesor Adjung di Fakulti Perniagaan dan Perakaunan, Universiti Malaya.

Beliau memegang ijazah dalam Perniagaan dari Universiti Teknologi Curtin, Perth, Australia Barat.

SURUHANJAYA SEKURITI MALAYSIA

Badan-badan Bersekutu SC
Pautan Berkaitan
MENGENAI SC
Suruhanjaya Sekuriti Malaysia (SC) ditubuhkan pada 1 Mac 1993 di bawah Akta Suruhanjaya Sekuriti 1993. SC merupakan badan berkanun swabiaya dengan tanggungjawab untuk mengawal selia dan membangunkan pasaran modal Malaysia.

Talian Umum: +603-6204 8000
E-mel Umum: [email protected]
© Hakcipta Suruhanjaya Sekuriti Malaysia.  Hubungi Kami   |    Penolak Tuntutan   |   Paparan laman yang lebih baik menggunakan Microsoft Edge dan Google Chrome dengan resolusi minimum 1280x1024
Ooops!
Generic Popup