e-PATH merupakan sebahagian daripada inisiatif transformasi digital SC dan membolehkan proses pembayaran dalam talian yang lebih mudah untuk pelbagai yuran kawal selia dan pendaftaran yang berkaitan dengan kebanyakan penyerahan yang dibuat kepada SC.
Ini termasuk yuran untuk, antara lain, permohonan untuk tawaran awam permulaan, pemindahan penyenaraian, serta pengambilalihan dan penggabungan.
e-PATH, yang akan dilancarkan secara rasmi pada 1 Mei 2023, akan membantu menambahbaik pengalaman pengguna secara keseluruhan melalui pemprosesan pembayaran yang lebih cekap, penyepaduan dengan pelbagai kaedah pembayaran termasuk kad kredit dan debit, perbankan dalam talian, dan akses kepada pengesanan status pembayaran secara
realtime.
Untuk mengakses e-PATH dan untuk maklumat lanjut,
sila lawati sini.