Seminar Sabtu SIDC mengenai Dagangan Orang Dalam

Kuala Lumpur, 14 Mei 2002

Pusat Perkembangan Industri Sekuriti (SIDC) Suruhanjaya Sekuriti akan menganjurkan satu seminar Sabtu bertajuk Insider Trading: Rules and Regulations, pada 18 Mei 2002 di Hotel Puteri Pan Pacific, Johor Bahru.

Seminar tersebut, yang akan dikendalikan oleh En. Eric Kang, Pengarah Eksekutif di PFA Corporate Services Sdn Bhd., bertujuan menyediakan penjelasan asas mengenai unsur-unsur dagangan orang dalam, jenis-jenis kesalahan, peraturan, sekatan jenayah dan bantuan sivil.

Seminar ini akan memberikan para peserta kefahaman yang lebih mengenai penggubalan undang-undang mengenai orang dalaman seperti bantuan sivil, sekatan jenayah dan pembelaan. Ia juga merangkumi tajuk-tajuk mengenai keperluan penzahiran seperti polisi penzahiran korporat, keperluan penzahiran serta merta, penzahiran berkala dan keperluan penzahiran oleh para pengarah dan pemegang saham substansial.

Seminar ini memberikan 10 mata CPE, yang boleh dikumpulkan oleh wakil peniaga bagi pembaharuan lesen tahun ini. CPE ialah program Pendidikan Profesional Berterusan SIDC yang diperkenalkan pada Januari 2001 untuk mempertingkatkan kecekapan profesional wakil berlesen dan dalam jangka panjang, mewujudkan satu budaya pendidikan dan pembangunan diri yang berterusan di kalangan mereka. Mata yang dikumpulkan dengan menghadiri kursus-kursus CPE akan menjadi satu pra-syarat bagi pembaharuan lesen wakil-wakil peniaga mulai Julai 2002 dan seterusnya akan merangkumi semua kategori lesen yang lain.

Seminar ini, yang terbuka kepada orang ramai, juga berguna kepada para pengarah syarikat awam tersenarai serta para pelabur.

Yuran pendaftaran bagi seminar ini ialah RM180. Mereka yang berminat boleh menghubungi En. Noor Hadi Ali di talian: (03)-6204 8660, faks: (03)-6201 5811 atau e-mel: [email protected]. Pendaftaran juga terbuka pada hari seminar. Maklumat lanjut mengenai seminar tersebut boleh didapati dari tapak web SC di www.sc.com.my.

PUSAT PERKEMBANGAN INDUSTRI SEKURITI

Badan-badan Bersekutu SC
Pautan Berkaitan
MENGENAI SC
Suruhanjaya Sekuriti Malaysia (SC) ditubuhkan pada 1 Mac 1993 di bawah Akta Suruhanjaya Sekuriti 1993. SC merupakan badan berkanun swabiaya dengan tanggungjawab untuk mengawal selia dan membangunkan pasaran modal Malaysia.

Talian Umum: +603-6204 8000
E-mel Umum: [email protected]
© Hakcipta Suruhanjaya Sekuriti Malaysia.  Hubungi Kami   |    Penolak Tuntutan   |   Paparan laman yang lebih baik menggunakan Microsoft Edge dan Google Chrome dengan resolusi minimum 1280x1024
Ooops!
Generic Popup