Seminar ini tepat pada masanya memandangkan keperluan mandatori di dalam Peraturan Perniagaan bursa-bursa dan Garis Panduan Tabung Unit Amanah SC bagi syarikat-syarikat broker saham, broker niaga hadapan dan pengurusan unit amanah untuk menyediakan pegawai pematuhan.
Memandangkan keperluan pematuhan dan kesan positif yang akan dibawa oleh budaya pematuhan terhadap keyakinan pasaran, seminar in dibentuk untuk mengajukan pelbagai hal-hal pematuhan dan menekankan keperluan dan tindakan segera dalam mengukuhkan infrastruktur pasaran modal Malaysia.
Seminar ini, yang dijangka akan memberi faedah kepada pengarah syarikat, pengurus kanan, pegawai undang-undang, pegawai pematuhan dan pengurus dana akan, antara lainnya, merangkumi topik berikut:
- Pematuhan dalam Pasaran Pasaran Modal Malaysia: Gambaran Keseluruhan
- Mengukuhkan Infrastruktur Pematuhan & Amalan Antarabangsa
- Program Pematuhan yang Efektif: Apa yang Diperlukan
- Kod Etika
- Autopsi Amalan Salah: Kajian Kes
Pegawai kanan SC dan pengamal industri tempatan dan asing yang berpengalaman akan memberi ceramah di seminar tersebut dan mereka termasuk:
- Dato' Ainum Mohd Saaid, Timbalan Ketua Eksekutif, SC;
- John J.McDermott Jr, Naib Presiden Pertama dan Penolong Ketua Penasihat, Pengarah Global Corporate dan Institutional Group Compliance, Merrill Lynch, New York;
- Devanesan Evanson, Naib Presiden Kanan, Pematuhan & Pemeriksaan, Kumpulan Pengawasan Pasaran, Bursa Saham Kuala Lumpur (BSKL);
- Norman Afandy, Pengurus, Pematuhan, KL Mutual Fund Bhd;
- Steven Lai Choon Lim, Pengurus Besar, OSK Futures & Options Sdn Bhd;
- Bruce Bromberg, Ketua Kawasan Undang-undang & Pematuhan, Morgan Stanley Dean Witter Asia; dan
- Sharkawi Alis, Pengarah, Bahagian Pengawasan Pasaran, SC
Pihak yang berminat boleh menghubungi Zainab Ismail/Rosma Abdul Azid di nombor telefon 03-654 8848 atau nombor faksimili 03-651 5811. Maklumat lanjut seminar boleh juga didapati daripada Laman Web SC di www.sc.com.my