Kuala Lumpur, 30 November 1998
Mengikut seksyen 29 dan 30 Akta Perindustrian Sekuriti (Depositori Pusat) (Pindaan) (No. 2) 1998, Suruhanjaya Sekuriti (SC) dilantik mengikut undang-undang bagi menerima dan membuat keputusan ke atas rayuan daripada seseorang yang sahamnya dipindahkan kepada akaun sekuriti Menteri Kewangan atas sebab-sebab
1. Apa akan berlaku jika saya tidak mendepositkan skrip saya atau memindahkan sekuriti sama ada di bawah nama pemilik berhak atau penama bertauliah menjelang 1 Disember 1998?J: Mengikut pindaan kepada undang-undang sekuriti, sekuriti yang gagal memenuhi syarat yang ditetapkan pada 1 Disember 1998 akan dipindahkan menurut undang-undang kepada satu akaun CDS di bawah nama Menteri Kewangan.
2. Apakah jenis sekuriti yang perlu didepositkan?J: Kesemua sekuriti hendaklah didepositkan ke dalam depositori pusat termasuk saham, debentur, TSR, waran dan stok pinjaman.
3. Bolehkah saya memperoleh semula sekuriti saya jika ia telah dipindahkan kepada Menteri Kewangan?J: Anda diberi hak secara automatik untuk membuat permohonan kepada SC antara 1.12.98 hingga 1.6.99 agar sekuriti anda dipindahkan semula ke dalam akaun CDS anda.
4. Bagaimana untuk memohon bagi memperoleh semula sekuriti saya?J: Untuk memohon bagi memperoleh semula saham, anda hendaklah mengisi satu set borang standard. Borang ini boleh didapati daripada:
Terdapat dua jenis borang - Borang SRU1 bagi permohonan berkaitan dengan deposit mandatori sekuriti ke dalam MCD dan Borang SRU2 berkaitan dengan pemindahan sekuriti CDS yang sedia ada ke dalam akaun sekuriti pemilik berhak atau penama bertauliah. Borang ini dikeluarkan percuma.
5. Adakah bayaran perlu dibuat kepada SC untuk membuat permohonan berkenaan?J: SC tidak mengenakan sebarang bayaran untuk permohonan berkenaan.
6. Apakah maklumat dan dokumen yang diperlukan oleh SC apabila saya gagal mendeposit skrip saya menjelang 1 Disember 1998?J: SC memerlukan maklumat dan dokumen yang berlainan bagi situasi berlainan. Maklumat dan dokumen yang diperlukan bagi situasi berikut adalah:
a. Jika skrip anda hilang atau dicuriAnda perlu pergi ke pendaftar saham yang relevan dan memohon satu sijil gantian yang akan diberikan kepada anda cuma untuk tujuan membuat permohonan kepada SC selepas 1 Disember 1998. Anda perlu terus mematuhi seksyen 102 Akta Syarikat 1965 yang memerlukan anda memberi kepada pendaftar saham satu perisytiharan bersumpah, akujanji, jaminan gantirugi dan mengeluarkan iklan, di mana perlu, sebelum satu sijil gantian boleh dikeluarkan. Sila pastikan dengan pendaftar saham berkenaan untuk menentukan kos bagi proses ini.
Setiap permohonan kepada Suruhanjaya mestilah disertakan bersama:
b. Jika anda berada di luar MalaysiaSetiap permohonan mestilah disertakan bersama:
c. Jika sekuriti dimiliki oleh orang yang telah matiSetiap permohonan mestilah disertakan bersama:
d. Jika sekuriti berkenaan tertakluk kepada pertikaian mahkamahSetiap permohonan mestilah disertakan bersama:
Nota: Senarai semak dokumen sokongan yang diperlukan akan dikepilkan kepada borang standard untuk rujukan
7. Apa akan berlaku sekiranya saya termasuk di dalam salah satu daripada kategori ini tetapi saya memegang skrip yang bukan di bawah nama saya walaupun saya adalah pemilik berhak?J: Anda mestilah, selain daripada dokumen yang diperlukan di bawah kategori tertentu di atas, mengemukakan kepada SC surat ikatan pindahan asal (iaitu Borang 32A) yang dilengkapkan oleh pemilik berdaftar skrip berkenaan. Anda juga mungkin, selain dari itu, dikehendaki mengemukakan nota kontrak asal yang membuktikan bahawa sekuriti berkenaan adalah milik anda. Sila berhubung dengan broker anda untuk mendapatkan nota kontrak jika perlu.0
8. Apa akan berlaku jika saya tidak termasuk di dalam mana-mana kategori di atas?J: Bagi sebab-sebab lain, kes-kes serupa itu akan dipertimbangkan berdasarkan kes-kes tertentu. Permohonan yang disebabkan oleh kegagalan memindahkan sekuriti sama ada kepada nama pemilik berhak atau penama bertauliah akan juga dipertimbangkan mengikut kes.
9. Adakah Suruhanjaya akan menolak sesuatu permohonan?J: Suruhanjaya mungkin menolak sesuatu permohonan jika ia tidak berpuas hati dengan sebab-sebab yang diberikan atau jika ia tidak disokong dengan dokumen yang mencukupi.
10. Perlukah saya datang sendiri untuk membuat permohonan?J: Jika anda tidak dapat datang sendiri, anda bolehlah menghantar permohonan bersama-sama dengan dokumen sokongan kepada SC dengan tangan, kourier atau pos berdaftar AR. Permohonan yang dihantar melalui faks atau e-mel tidak akan dilayani. Jangan hantarkan skrip asal anda melalui pos biasa.
11. Ke manakah permohonan saya perlu dihantar?J: Borang yang telah diisi lengkap bersama kesemua dokumen sokongan (termasuk skrip asal) hendaklah dihantar kepada:
Unit memperoleh Semula Saham (SRU)Suruhanjaya SekuritiNo.3 Persiaran Bukit KiaraBukit Kiara50490 Kuala Lumpur.
Permohonan yang dihantar melalui faks atau e-mel tidak akan dilayani. Jangan hantarkan skrip asal anda melalui pos biasa.
12. Di manakah boleh saya mendapatkan pengesahan salinan-salinan dokumen saya?J: Dokumen boleh disahkan oleh:
13. Dengan siapa perlu saya berhubung jika saya mempunyai pertanyaan lain?J: Jika anda mempunyai pertanyaan lain, SRU boleh dihubungi:
- melalui telefon di nombor 03-253 6130 atau 03- 253 6132
- melalui faks di nombor 03-253 6175 atau
- melalui e-mel di [email protected]
14. Berapa cepatkah keputusan boleh diterima daripada Suruhanjaya Sekuriti?J: Suruhanjaya Sekuriti akan memberi keputusannya tidak lewat dari dua bulan daripada tarikh penerimaan permohonan DENGAN SYARAT kesemua dokumen yang diperlukan diterima oleh kami. Jika alasan kegagalan mendeposit saham berkenaan tidak termasuk di dalam mana-mana kategori yang ditetapkan di atas, pertimbangan bagi permohonan tersebut mungkin mengambil masa yang lebih lama.
15. Apa akan berlaku jika saya tidak membuat permohonan menjelang 1 Jun 1999?J: Di bawah undang-undang sekuriti yang baru dipinda, sekiranya tiada rayuan dibuat kepada Suruhanjaya Sekuriti menjelang pukul 5 petang 1 Jun 1999, Menteri boleh menurut peruntukan undang-undang menjual sekuriti berkenaan, mengikut budi bicaranya, pada bila-bila masa selepas tempoh tersebut dan hasil jualan akan dianggap sebagai wang tidak dituntut.
Namun demikian, Suruhanjaya Sekuriti ingin memberi jaminan kepada orang awam yang terlibat bahawa adalah menjadi dasar kerajaan di mana kesemua sekuriti yang telah dipindahkan ke akaun Menteri Kewangan menurut undang-undang, tidak akan dijual oleh Menteri Kewangan dalam tempoh setahun daripada 1 Disember 1998. Bagi kes-kes di mana terdapat permohonan dibuat kepada Suruhanjaya Sekuriti yang masih belum diputuskan, Menteri tidak akan menjual sekuriti tersebut sehingga keputusan dibuat berkenaan permohonan tersebut.
16. Apakah sekuriti-sekuriti yang dikecualikan daripada didepositkan ke dalam Depositori Pusat Malaysia (MCD) menjelang 1 Disember?J: Berikut adalah kategori-kategori sekuriti yang tidak perlu didepositkan ka dalam MCD menjelang 1 Disember 1998:
a. Jika saham adalah milik mereka yang telah meninggal dunia di mana permohonan geran probet atau surat-surat pentadbiran telah dibuat, atau permohonan untuk memeterai dokumen tersebut telah dikemukakan di Mahkamah Undang-undang Malaysia atau mana-mana pihak berkuasa yang relevan (contohnya, Pejabat Tanah di bawah akata Pembahagian Estet Kecil) di Malaysia sebelum 1 Disember 1998. Sila rujuk kepada siaran akhbar Suruhanjaya Sekuriti bertarikh 25 November bagi maklumat tentang dokumen yang mesti dikemukakan kepada pendaftar saham dan Depositori Pusat.b. Jika saham-saham adalah tertakluk kepada perintah mahkamah yang masih wujud (diperolehi sebelum 1 Disember 1998) yang menghalang segala urusan dalam sekuriti. Sila rujuk kepada siaran akhbar Suruhanjaya Sekuriti bertarikh 25 November bagi maklumat tentang dokumen yang mesti dikemukakan kepada pendaftar saham dan Depositori Pusat.c. Sekuriti yang telah dirampas oleh pihak berkuasa menurut undang-undang.d. Sekuriti di bawah Seksyen 353 Akta Syarikat 1965.
SURUHANJAYA SEKURITI MALAYSIA